Isnin, Ogos 11, 2014


Dewan Pemuda Pas Dungun menggesa tindakan tegas diambil termasuk memecat beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang didakwa mengeji kepemimpinan parti. 

Ianya berhubung krisis serta kemelut kepimpinan yang melibatkan kedudukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang bertambah buruk sejak kebelakangan ini.

Diantara beberapa nama pemimpin yang perlu diambil tindakan tersebut ialah Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Alasan yang diberikan adalah kerana mereka telah menunjukkan sikap biadab membelakangi pendirian parti dan bersekongkol dengan puak - puak PKR.
"Pecat mereka atau biarkan mereka 'tidur' bersama PKR. Jangan biarkan mereka berbuat songsang di dalam Pas. 

"Kami menaruh harapan tinggi kepada Jawatankuasa Badan Disiplin Pas agar mengambil perjalanan yang tegas berpandukan sejarah Ikhwan Muslimin yang berani memecat pimpinan mereka.

"Mereka bukan dipecat kerana tidak memberikan khidmat yang cemerlang kepada gerakan Ikhwan, tetapi mereka tidak boleh patuh kepada disiplin jemaah. Maka, tidak sesuai lagi mereka duduk bersama jemaah,'' ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Sheikh Muhammad Hanafi, pihaknya tampil untuk menyatakan pendirian dan ketegasan berhubung apa yang disifatkan sebagai 'isu politik busuk yang terancang'. 

Tindakan yang dilakukan oleh mereka disifatkan sebagai keterlaluan sehingga memalitkan nama parti dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Mengulas lanjut, dia juga turut menjelaskan, krisis politik di Selangor tercetus akibat akhlak dan nafsu pemimpin PKR yang terlalu gilakan harta dan pangkat.
"Keinginan menjadikan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai hak eksklusif parti mereka seolah-olah mereka lupa jumlah kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperoleh oleh rakan mereka dalam pakatan rakyat," katanya.
Kata beliau, sikap buruk PKR yang tergesa-gesa memilih dan mencalonkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu tanpa mendapat nasihat dan persetujuan rakan, menyebabkan kaedah songsang itu tidak dipersetujui Pas pusat.

#Sumber
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bukan saja Kholid Samat, sesiapa saja yang bertentangan dewan Ulama juga sila angkat kaki kerana perjuangan yang suci memerlukan hati yang suci dan istiqomah kepada ALLAH. BERAMBUS semua yang mempunyai niat tersendiri

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping