Heh! Jika sebelum ini, dilaporkan dalam laman media mengenai "Kenyataan Bersama" telah dibuat diantara PAS, PKR dan DAPigs berhubung isu kemelut MB Selangor tu.
Katanya, Hadi Awang dan Si Ketua Penipu tu bersama - sama berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut dengan semangat Setiakawan demi perpaduan dalam Pakatan.
Namun, tindakan 14 orang Yang DiPertua Kawasan PAS di Pahang hari ini jelas membelakangi "Kenyataan Bersama" yang dibuat oleh Pakatan semalam.
PAS Pahang dalam kenyataan media mereka hari ini menyatakan sokongan terhadap pendirian yang diumumkan oleh Hadi Awang berhubung kedudukan kerusi MB di Selangor.
Sebelum ini, Hadi Awang tampil menyatakan sokongan dia terhadap Khalid Ibrahim secara terbuka kerana menganggap Khalid tidak mengkhianati amanah rakyat.
Pendirian yang dibuat oleh Presiden PAS tu mendapat sokongan padu dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS kecuali mereka yang berfahaman Liberal.
Diantara yang sudah menyatakan sokongan terhadap pendirian tersebut termasuk Pemangku Ketua Dewan Ulama, Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Namun, pendirian Presiden PAS tu dikecam dan dikritik oleh pemimpin - pemimpin PKR yang menganggap ianya sebagai mengkhianati keputusan Majlis Presiden sebelum ini.
Maka, pelbagai kritikan, cacian dan makian telah dilemparkan oleh pemimpin PKR terhadap Presiden PAS dan Nik Aziz dengan pelbagai alasan yang diberikan.
Malangnya, ada jugak dikalangan pemimpin PAS sendiri turut menolak pendirian Hadi Awang selaku Presiden PAS dan anggap ianya sebagai pendirian peribadi semata - mata.
Dan anggapan sedemikian datangnya dari Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan PAS Pusat itu sendiri yang dilihat seolah - olah menikam Hadi Awang dari belakang.
Jadi, tak heran la bila pemimpin PAS di Pahang ni tampil memberikan sokongan terbuka mereka terhadap pendirian Hadi Awang berhubung isu tersebut. Mungkin diorang pun dah muak dengan Perangai Hodoh yang ditonjolkan oleh puak - puak Parasit ni!!!
Kalau umno pun kecut dengan DAP, apatah lagi PAS
BalasPadamWala pd presiden oiii....
BalasPadamke.elut mb selangor divunakan oleh dapigs untuk memecahbelqhkan pas. tapi PAS ni lembab sikit depa tak nampak yang tersirat
BalasPadam