Ahad, Ogos 03, 2014


Ini isu yang sejak mula agenda "Langkah Kajang" tu nak dilaksanakan sebelum ini. Perkara ini dah dibangkitkan dikalangan pemimpin - pemimpin PAS.

Tapi disebabkan masih ada lagi puak - puak PAS yang Ghairah nak mengejar kuasa dan jawatan diatas dunia, maka diorang sanggup membelakangkan kehendak rakyat.

Sewaktu diawal isu berkaitan dengan agenda "Langkah Kajang" tu mula diumumkan oleh Rafizi, penentangan dari kalangan pemimpin PAS sudah pun mula kedengaran.

Nak pulak dikalangan pemimpin PAS Selangor sendiri. Mereka tampil menyatakan agenda tersebut sebagai satu "Pengkhianatan" terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat.

Tindakan Bekas ADUN Kajang meletakkan jawatannya tanpa sebarang sebab musabab yang kukuh didakwa sebagai satu Penghinaan kepada rakyat diperingkat akar umbi.

Itu pendirian awal yang dinyatakan oleh PAS. Tapi, pada ketika itu PKR tak peduli lansung dengan luahan yang dibuat oleh pemimpin PAS Selangor.

Luahan itu dianggap sebagai sampah dan tidak layak untuk diberi perhatian. Tapi, bila ada pemimpin PAS buat cadangan nak keluar dari Pakatan, baru diorang menggelupor.

Sejak tersebarnya cebisan kiriman sms sulit dikalangan pemimpin PAS Pusat melalui aplkasi Whatsapp itu membuatkan pemimpin PKR seperti Si Rafizi panas punggung.

Mula la dia meroyan tak tentu arah dan menuduh kononnya PAS mula nak jadi Pengkhianat sedangkan sebelum ini diorang jugak yang mengkhianati kepercayaan rakyat.

Diorang jugak yang merencana agenda "Langkah Kajang" dan membelakangi kehendak serta kemahuan rakyat di Selangor secara keseluruhannya.

Maka tak salah sekiranya Dr. Muhd Zuhdi melabelkan tindakan PKR melalui "Langkah Kajang" tu sebagai satu langkah sumbang yang menidakkan kehendak rakyat.
Saya melihat ‘Kajang Move’ sebagai langkah yang tidak menenuhi kehendak rakyat Selangor yang mahukan orang politik yang diberi mandat berkuasa memberi khidmat kepada rakyat bukannya meletakkan jawatan sesuka hati dan boleh menurun-naikkan kepimpinan kerajaan negeri seperti mudahnya menukar pakaian,” kata Dr Zuhdi dalam entri terbaharunya dalam Facebook.
Nah!!! Sekarang sedar la PAS bahawa PKR ni terdiri dari golongan puak - puak yang sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan Politik peribadi mereka sendiri.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda kepimpinan Pakatan di Selangor adalah berpunca dari perancangan Si Rafizi Ramli tu sebagai Pengarah Strategi PKR. Jadi, dia la yang perlu bertanggungjawab. Jangan pulak dia cuba nak salahkan orang lain!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Ini semua salah MP Pondan.

    BalasPadam
  2. PKR : PARTI KHIANAT RAKYAT.....demi menyenangkan dan membebaskan al juburi anak beranak

    BalasPadam
  3. Parti Kecoh Rakyat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping