Heh! Tak sangka. Ramai jugak artis dan selebriti dari Hollywood ni yang secara terbuka menyokong pembebasan Palestine dan menolak kekejaman Rejim Zionist tu rupanya.
Jika sebelum ini, SH dah buat pendedahan mengenai beberapa orang pelakon yang terang - terangan mengecam tindakan Rejim Zionist Yahudi tu secara terbuka. (Klik Sini)
Kali ini tampil pulak seorang selebriti yang juga penyanyi RAP mengecam tindakan Negaranya yang menyokong keganasan puak - puak Zionist tu.
Dia pun hairan kenapa Negara dia boleh menyokong perkara yang tidak berperikemanusian seperti itu sedangkan selama ini USA mengidamkan sebuah dunia yang aman.
Selebriti RAP Hollywood, Waka Flocka Flame tu menyuarakan kehairanan ke atas kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang membiarkan Israel membedil Palestin.
Kutukan ke atas kerajaannya sendiri itu disuarakan secara terbuka dilaman media sosial twitter miliknya yang mempunyai hampir 49 ribu orang pengikut seluruh dunia.
“Bagaimana negara ini (AS) boleh membiarkan #Palestin menderita? Semoga Tuhan memberikan kekuatan ke atas negara tersebut,” katanya menerusi status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.
Dia kemudiannya terpaksa berhadapan dengan kritikan dari sesetengah peminatnya yang menentang sokongan terhadap negara Palestin.
“Saya mendapat mesej dari sesetengah pihak yang mengatakan saya memilih dan menyokong Palestin. Mesej tersebut juga melarang saya daripada berbuat demikian,” katanya lagi menerusi paparan status melalui akaun Twitternya pada 14 Julai lepas.
Pun begitu, Flame tidak menarik balik kenyataannya malah dia turut memaparkan status terbaru dengan mengatakan bahawa dia tidak memilih mana - mana pihak dan hanya mahukan keamanan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.