Jurulatih pasukan bola tampar kebangsaan Kazakhstan, Nurlan Sadikov berkata tugasnya sebagai jurulatih menjadi rumit apabila memiliki seorang pemain yang terlalu cantik untuk mewakili dalam pasukannya.
“Kecantikan Sabina Altynbekova, 17, telah memeningkan saya untuk mengaturkan strategi kerana penonton seolah-olah hanya melihat seorang pemain dalam pasukan di kejohanan Bola Tampar Wanita Bawah 19 Tahun Asia 2014 di Taiwan baru-baru ini.
“Ini telah menyebabkan fokus pasukan bola tampar wanita kami terganggu dan sukar untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kejohanan ini,” katanya.
Di dalam Akhbar di Kazakhstan juga sebelum ini melaporkan dengan kecantikan Sabina ini telah menarik ramai penonton untuk datang melihatnya dan bukannya untuk menyaksikan kerancakkan perjalanan pertandingan.
Menurut Sabina, beliau tidak menyangka dengan kecantikan nya ini telah menyebabkan popularitinya semakin meningkat.
“Saya hanya mahu fokus kepada karier saya sebagai seorang pemain bola tampar dan bukannya dikenali dengan rupa paras yang cantik.
“Saya gembira dan menghargai penerimaan daripada peminat, namun berharap perkara ini tidak menggangu fokus saya untuk membantu pasukan mencapai kejayaan,” katanya.
Sabina juga yang semakin popular di laman sosialnya telah megakui yang beliau merupakan seoarang yang beragama Islam dan turut menunjukkan keprihatinannya ke atas isu di Palestin. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.