Rabu, Ogos 06, 2014


Pakar Strategik PKR Rafizi Ramli semalam mendedahkan beberapa perkara yang amat menarik, terutama sekali rahsia mengapa dia dan PKR benci sangat dengan PAS.

Sebelum ini, banyak pihak terutama dari dalam PAS sendiri yang mendedahkan, PAS tidak pernah bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jikalau Pakatan Rakyat berjaya menguasai Parlimen Malaysia. 

Bagaimanapun, Anwar cepat - cepat memintas atau lebih tepat lagi, menyailang Presiden PAS serta jurucakap PAS daripada menyuarakan kebenaran. 

Dengan cerita kononnya PAS bersetuju dan bersatu hati dengan konco-konconya yang lain untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam sebuah forum, Rafizi dedah rahsia yang terkatup rapat selama ini. 

Dia turut menamakan Hadi Awang, Mat Sabu dan Harun Din yang bertemu dengan Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan rahsia menjelang PRU-13 dan menyatakan pendirian PAS, enggan menyokong Anwar Ibrahim, sebaliknya mahukan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri jikalau Pakatan Rakyat menang pada PRU-13.

Dalam forum yang sama juga, Rafizi menyatakan, PKR rela kalah dalam Pilihanraya Negeri Selangor sekiranya Khalid Ibrahim bubarkan DUN kerana baginya, PKR lebih mementingkan integriti dan ketelusan serta kejujuran berbanding ego mempertahankan sebuah kerajaan yang korup dan menyeleweng.

Dia merujuk kepada Khalid Ibrahim yang dituduh menjadi ANJING UMNO setelah beberapa kes penyelesaian hutangnya dengan bank dibuat di luar mahkamah. 

Selain itu, dia juga menuduh Khalid Ibrahim mengkhianati PKR dan Pakatan Rakyat kerana urusniaga tanah melibatkan Tropicana yang dipunyai oleh Tan bersaudara dan menjadi penyumbang utama kewangan kepada DAP, digagalkan oleh Khalid Ibrahim.

Maka sebab itulah PKR sehingga hari ini menyimpan dendam terhadap PAS dan mula beranggapan skeptikal terhadap parti tersebut.

Itu juga menjadi punca kenapa Si Rafizi tu cepat sangat melatah dan menuduh kononnya PAS cuba menjadi Pengkhianat kepada Pakatan selepas terdedahnya sms whatsapp Dr. Zuhdi sebelum ini.

Apa yang pasti, dendam yang tersimpan sejak sekian lama itu tidak lagi dapat dibendung. Nak pulak apabila PAS berterusan menolak cadangan PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah. Maka, sebab itulah PKR ni terus meroyan tak tentu arah!!!

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping