Isnin, Ogos 25, 2014


Merdeka Centre mendapati 75 peratus (%) daripada jumlah 808 pengundi Selangor tidak memilih Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim.

Meskipun Wan Azizah mendapat angka tertinggi antara pilihan yang diberikan iaitu 25%, hakikatnya lebih ramai rakyat Selangor mahukan orang lain yang menggantikan Khalid Ibrahim, dan bukannya Wan Azizah.

Statistik yang paling menggerunkan dan perlu diberi perhatian ialah 32% yang menjawab “tidak pasti” melebihi angka yang diperolehi Wan Azizah. 

Barangkali mereka yang tergolong dalam kategori ini ingin menyebut bahawa mereka lebih suka Abdul Khalid dikekalkan. Tetapi, nama Khalid tidak ada sebagai satu pilihan di dalam kajian yang dibuat.

Selain daripada 32% peratus yang “tidak pasti”, Wan Azizah juga berdepan dengan 38% rakyat Selangor yang lain yang inginkan orang lain menggantikan Abdul Khalid.

Di dalam 38% tersebut, yang mengejutkan Pakatan Rakyat ialah 15% memilih calon Umno, 12% memilih calon Pas, 6% memilih Azmin dan 5% lain-lain. 

Sehingga hari ini, PKR dan Anwar Ibrahim tetap bertegas bahawa calon yang akan menjadi pengganti kepada Khalid Ibrahim hanya seorang iaitu isteri beliau Wan Azizah. 

Melihat pada keputusan kajian Merdeka Centre, rakyat perlu bertanya apakah itu satu tindakan yang adil? Kajian Merdeka Centre diambil berat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat selama ini. 

Jadi, tidak mudah untuk mereka menidakkan kesimpulan bahawa majoriti rakyat Selangor (75%) sekata menyatakan mereka lebih suka orang lain yang menggantikan Abdul Khalid berbanding Wan Azizah.

Yang mereka tidak sekata ialah siapa penggantinya sahaja. Nak dikatakan Wan Azizah ialah calon yang paling diterima untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berbanding calon lain juga tidak tepat, kerana ada 32% yang “tidak pasti” dan 5% yang enggan menjawab.

Wan Azizah cuma berada di tempat kedua, kalah kepada kategori “tidak pasti.” Yang memihak kepada Wan Azizah sekarang ialah keputusan parti PKR, dan 30 Adun Pakatan Rakyat yang bersamanya. 

Bagi mereka, 30 Adun adalah mewakili suara majoriti rakyat Selangor, meskipun berlawanan dengan kajian Merdeka Centre.

Barangkali di bawah sistem demokrasi Malaysia, itulah sahaja takat harga undi rakyat Malaysia. Undi rakyat hanya diperlukan untuk para ahli politik mencapai kemenangan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping