Tiga Exco PKR Selangor dalam dilema apabila mereka dipaksa bersumpah oleh Si Ketua Penipu dan menyatakan sokongan kepada isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber dalaman Tiga Exco PKR ini lebih menyokong Tan Sri Khalid sebagai MB kerana Khalid dikatakan mengamalkan budaya amanah dan telus dalam pentadbirannya.
Mereka ialah Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) dan Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga).
Ketika ini ketiga - tiga mereka masih enggan menandatangani surat sumpah yang telah dibuat oleh pihak PKR seperti yang dikehendaki oleh Si Ketua Penipu tu.
Mereka juga dikatakan akan terus menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan berkemungkinan akan dipecat keahlian oleh PKR.
PKR telah mengenakan pelbagai tekanan terhadap ketiga-tiga exco ini apabila pergerakan mereka sentiasa diintip untuk mengelakan daripada mereka bertemu dengan Khalid.
Sementara itu, hari ini Khalid Ibrahim dilaporkan bertemu dengan barisan Exco Negeri bagi memberikan penerangan mengenai perkembangan terkini status pentadbiran negeri.
Dia yang tiba di Pejabat Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) pukul 9.45 pagi tadi dijadual akan mengadakan pertemuan tersebut dalam satu mesyuarat pukul 10.30 pagi tadi.
Mesyuarat yang diadakan itu adalah rentetan daripada keputusan Sultan Selangor berkenan untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar, walaupun telah dipecat daripada PKR.
Sekarang, rakyat boleh menilai sejauh mana keTELUSan dan keADILan yang diamalkan oleh PKR. Ada yang tak puas hati, diorang akan ambik tindakan secara paksaan dan ugutan.
Semuanya dilakukan demi kepentingan Politik peribadi pihak - pihak tertentu semata - mata untuk memenuhi nafsu ghairah yang Gila Kuasa. Bukannya diorang buat demi untuk menjaga Kepentingan Rakyat sangat pun!!! Tu pasal la Negeri pun jadi huru hara!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.