“Bagai melepaskan anjing tersepit." Itu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas terhadap Si Ketua Penipu tu.
Status yang dikongsikan dalam laman media sosial miliknya sebelum ini menggambarkan luahan rasa jijik terhadap tindakan yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu.
Senario tersebut dilihat berlaku apabila Si Ketua Penipu tu secara mengejut mengadakan perjumpaan dengan Presiden PAS, Hadi Awang semalam.
Ianya menunjukan yang seolah-olah Si Ketua Penipu tu cuba untuk mendapatkan ‘pertolongan’ dan mencari jalan keluar bagi isu kemelut Menteri Besar Selangor.
“Sejak dulu, PAS sangat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ramai di kalangan rakan pakatan menyerang dan menyalahkan PAS.
“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘bagai melepaskan anjing tersepit (menolong orang yang tidak tahu membalas jasa),” tulisnya.
Namun, itulah hakikatnya. Puak - puak PKR ni sebenarnya hanya sekadar RETORIK dan suka bermuka - muka dengan orang lain demi kepentingan mereka sendiri.
Bila dalam keadaan terdesak macam ni, sanggup diorang datang cari Si Hadi Awang tu untuk menyelesaikan masalah. Tapi bila diorang dah senang, PAS pun diorang pinggirkan.
Realitinya, agenda yang direncanakan oleh PKR sebelum ini tidak pernah sekali pun dirujuk dan dibincangkan dengan PAS. Diorang buat agenda "Langkah Kajang" tu tanpa konsensus.
Tapi sekarang, bila PAS menyatakan pendirian mereka menolak cadangan yang dibuat, baru la diorang terhegeh - hegeh nak cari sokongan dari kalangan pemimpin PAS.
Dulu masa diorang nak buat Langkah Kajang, kenapa diorang tak bincang dengan PAS terlebih dahulu? Kenapa diorang pinggirkan PAS dalam isu tu?
Pada ketika itu, alasan yang PKR berikan, PAS tidak layak untuk dibawa berbincang kerana ianya agenda peribadi parti itu sendiri. Tidak ada kaitan dengan PAS.
Sekarang, sibuk pulak diorang nak ke hulu dan ke hilir bagi mendapatkan sokongan untuk meneruskan agenda yang ada kepentingan peribadi mereka sendiri.
Bukannya diorang buat agenda tu demi untuk kepentingan rakyat. Jauh sekali untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan di Selangor. Apa yang pasti, PKR ni memang sebuah parti yang GILA KUASA. Kot Itu pun PAS masih tak sedar, memang diorang pun sama je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.