Selasa, Ogos 26, 2014


"Apakah PKR, DAP terima kalau ADUN Pas ditunjuki sebagai MB?" Itu persoalan yang diajukan oleh blogger serta veteran PAS, Pak Sayuti Omar dalam blog dia hari ini.

Bagi SH, soalan sedemikian boleh dianggap sebagai 'Soalan Pandir' yang tak perlu nak dibangkitkan sebenarnya. Soalan tu semua orang pun tau jawapannya.

Ianya bagaikan 'Sudah Terang Lagi Bersuluh'. Perkara tersebut sudah nyata didepan mata. Tapi masih lagi ada orang yang 'buta dalam terang'.

Itulah penyakitnya puak - puak Penyokong Pakatan Haramjadah ni. Diorang tak boleh nak lihat kebenaran biarpun ianya didepan mata mereka sendiri.

Berbicara mengenai soalan yang diajukan oleh Pak Sayuti tu, jawapannya cukup mudah. Jika PKR dan DAPigs boleh terima ADUN PAS jadi MB, tak de la kemelut ini berpanjangan.

Sudah tentu tak de masalah untuk PKR menerima cadangan yang dibuat oleh PAS sebelum ini untuk menamakan dua orang calon sebagai pengganti Khalid Ibrahim.

Akan tetapi, PKR tetap bertegas dan menolak cadangan yang dibuat oleh PAS untuk turut menyenaraikan nama Azmin sebagai calon alternatif sekiranya Wan Azizah ditolak istana.

Hakikatnya, PKR sudah bersekongkol dengan DAPigs untuk merencana pelan subversif tanpa pengetahuan PAS. Maka sudah tentu cadangan PAS akan ditolak.

Soalan yang diajukan oleh Pak Sayuti tu sudah lama dibangkitkan dan ianya boleh dianggap sebagai satu soalan yang dah basi. Tak perlu nak diulang cerita setahun yang lalu.

Bukan ke selepas Pilihan Raya Umum yang lepas, PAS ada buat tuntutan untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor berlandaskan jumlah kerusi yang mereka perolehi?

Pada ketika itu, siapa yang paling lantang menentang tuntutan yang dibuat oleh PAS jika bukan PKR dan DAPigs? Mustahil Pak Sayuti tak tahu mengenai perkara tersebut?

Nasihat SH buat seorang veteran seperti Pak Sayuti. Usah la buat soalan pandir yang hanya akan membodohkan ahli - ahli PAS diperingkat akar umbi.

Cuba Pak Sayuti bukak mata dan lihat Kebenaran disebalik agenda subversif yang cuba direncanakan oleh Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan. Mudah - mudahan Pak Sayuti diberi hidayah yang sewajarnya. Jangan dah sesat baru nak menyesal!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. HARI INI KERAJAAN PKR TUMBANG era new generation

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sman S'langor.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping