Macam budak kecik tak dapat gula - gula. Itu perumpamaan yang sewajarnya diberikan kepada puak - puak PKR ni apabila ada yang kuburkan mereka di Pengakalan Kubor.
Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS tampil membuat tuntutan terhadap kerusi tersebut setelah PKR dilihat GAGAL untuk merampasnya sejak dua penggal yang lalu. (Klik Sini)
Namun tuntutan dari sayap PAS itu ditolak dengan alasan ianya tidak sewajarnya dibangkitkan kerana pengagihan kerusi di Kelantan sudah pun dipersetujui sebelum ini.
Kata Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Negeri, tuntutan yang dilakukan oleh Dewan Muslimat PAS itu dianggap sebagai satu penghinaan terhadap PKR.
“Pada saya tindakan itu tidak wajar, lagipun agihan kerusi berkenaan dibuat atas persetujuan bersama ketika membentuk kerjasama antara Pas dan PKR sebelum ini,” katanya.
Heh! Nampak sangat la pemimpin dari kalangan PKR ni memang jenis manusia yang tak sedar diri. Kalau dah tak de kemampuan tu, tak payah la nak sibuk - sibuk buat tuntutan.
Sepatutnya PKR di Kelantan ni kena belajar terima kenyataan bahawa rakyat di Kelantan tak suka dengan dasar perjuangan yang dilaungkan oleh PKR.
PKR kena terima HAKIKAT bahawa parti tu tidak mendapat tempat dihati penduduk Negero Kelantan sendiri. Jangan la jadi hidung tak mancung, pipi tersorong - sorong pulak.
Tapi, apa nak heran dengan puak - puak PKR ni ye tak. Dah diorang ni memang jenis manusia yang tak sedar diri. Jadi cakap la apa pun pada diorang, bukannya diorang peduli sangat pun!!!
org luar tngok politik smua nya tk baik.baik kita tngok diri sndri dan nilai.tk usah sebok dgan para pemimpin.ada sudah yg arif dari kita.
BalasPadam