Isnin, September 08, 2014

Semalam, semua orang sibuk bercerita pasal kenyataan yang dikeluarkan oleh Haron Din mengenai keputusan Majlis Syura PAS yang menolak pencalonan Wan Azizah.

Jelas Haron Din, keputusan yang dibuat serta penjelasan yang dilakukan oleh Majlis Syura serta Hadi Awang sebelum ini adalah tepat mengikut syariat Islam.

Tegas Haron Din, pencalonan bagi seorang Menteri Besar atau pemimpin diperingkat atasan bukan sahaja bergantung kepada kelayakan dan pengalaman.

Sebaliknya, kemampuan seseorang itu untuk memikul beban tanggungjawab dan amanah serta kebolehan dia untuk menyelesaikan masalah. Itu yang lebih penting.
"Itulah penilaian atau pandangan, kalau dia cukup kelayakan, sudah tentulah Majlis Syura Ulama Pas dari awal menyokongnya, dengan tiada sebarang masalah. Memang kita hendakkan yang lebih mampu dan lebih baik," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, katanya lagi, Majlis Syura Ulama Pas juga membuat penilaian itu tanpa cenderung kepada faktor gender.

"Dalam Islam juga bukan hanya jantina yang menjadi halangan, tetapi kemampuan untuk memikul amanah.

"Jadi Islam lihat pada amanah... amanah ini secara fizikalnya lebih mampu, pengalaman lebih dan latar belakangnya.


"Maka apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan dipikul oleh sebahagian besar daripada pimpinan parti melihatkan ada orang lain yang lebih baik daripada Wan Azizah," ujarnya.
Secara sinisnya, kenyataan Haron Din tu menegaskan bahawa Si Wan Azizah tu tak mampu nak menggalas amanah dan ada orang lain yang lebih layak.

Dalam erti kata lainnya, Haron Din ingin menjelaskan kepada PKR tu bahawaSi Wan Azizah tu TAK LAYAK jadi Menteri Besar!!! Takkan itu pun susah sangat untuk diorang nak faham sampai tahap nak meroyan tak tentu arah!!!
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. Anwar itu setaraf nabi menentang kezaliman dan penindasan,beliau layak melantik isterinya menjadi menteri besar,sepatutnya majlis syura menyokong..kehancuran pakatan bermakna kemanangan umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apalah yg awak meroyan ni, Rasullulah s.a.w yg mulia awak samakan dgn SiAnuar yg cenderung buat benda tak senonoh tu, lebeh baik awak beristiffar sebelumAllah murka.

      Padam
  2. Hahahahah.....budak atas ni siuman ke tak ni...

    BalasPadam
  3. Tinggi sangat nabi, letakla bawah sikit...marhama ghandi ke ,bikin malu pkr kau ni.

    BalasPadam
  4. Di india, indra ghandi jadi pm. Di malaysia ni je tah hapa hapa punya orang, ketinggalan zaman.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping