Huh! Meroyan jugak Si Mak Lampir ni bila cintanya ditolak oleh Si Hadi Awang tu ye? Kenyataan yang dikeluarkan semalam persis macam orang putus cinta.
Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu hanya sekadar nak menyembunyikan kesilapan yang dilakukan oleh partinya sebelum ini.
Dalam kenyataan tersebut, Si Mak Lampir tu menuduh PAS tidak mahu membincangkan soal kelayakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.
“Kenapa tidak suarakan dalam mesyuarat yang kita adakan. Kenapa sekarang baharu beritahu alasan tersebut. Kalau beritahu lebih awal mungkin kita boleh pertimbangkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Hakikatnya, semua orang tahu bahawa PKR tidak pernah berbincang isu soal nak tukar Menteri Besar Selangor tu dengan orang lain. Tindakan tu dilakukan secara bersendirian.
Jika tidak, kenapa pulak PAS Selangor sebelum ini sanggup menyifatkan tindakan PKR dalam agenda Langkah Kajang sebagai satu Penghinaan terhadap kepercayaan rakyat?
Kenapa pada ketika itu PAS Selangor menyelar tindakan Bekas ADUN Kajang yang meletakkan jawatan dan kemudiannya memberi laluan kepada Wan Azizah?
Itu menunjukkan bahawa PKR tidak bawak isu mengenai agenda Langkah Kajang tu untuk dibincangkan dalam Pakatan sebab PAS ternyata tidak bersetuju dengannya.
Dan bukan ke PAS dah nyatakan pendirian mereka sebelum ini bahawa mereka kekal menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor?
Kenapa pandangan PAS itu tidak diambil kira oleh PKR dan hanya menyifatkan pendirian itu sebagai "Sampah"? Ternyata, pendirian PAS itu tak dihargai oleh PKR.
Kalau pun isu itu dibawa berbincang, tak semestinya PKR akan ikut pandangan yang diberikan oleh PAS sebab PKR rasa diorang lebih besar dari orang lain.
Jadi, untuk apa lagi Si Mak Lampir tu nak menyifatkan PAS tidak membawa isu mengenai kelayakan Wan Azizah dalam perbincangan dengan Pakatan? Sepatutnya, dia salahkan parti dia sendiri, bukannya nak tunding jari pada orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.