Khamis, September 18, 2014

"Hei geli lihat wajah orang Pas" - Itu diantara kenyataan yang ditulis dalam blog Mohd Sayuti Omar berkaitan reaksi yang diberikan oleh Si Nurul Izzah tu.

Berkali - kali SH baca kenyataan tersebut dan masih juga tak faham apa yang cuba disampaikan oleh blogger tersohor PAS dengan kenyataan tersebut.

Semenjak artikel tersebut dikeluarkan oleh MSO didalam blognya, ramai jugak dikalangan sahabat blogger lain yang membuat ulasan mengenai kenyataan Si Nurul Izzah tu.

Jika dilihat dari ayat itu sahaja, mungkin kita boleh buat kesimpulan yang Si Nurul Izzah tu terasa "Geli" melihat wajah orang PAS. Tapi, siapa yang dia maksudkan?

Adakah Si Nurul Izzah tu "Geli" tengok wajah Pak Sayuti yang juga merupakan ahli PAS atau dia "Geli" tengok wajah ahli PAS yang menghiasi muka depan buku Pak Sayuti tu?

Yang tampak menghairankan kita ialah penjelasan yang diberikan oleh Pak Sayuti sendiri apabila dia anggap kenyataan Si Nurul Izzah tu sebagai satu gurauan.

Itu yang membuatkan kita bertambah pelik. Adakah penghinaan yang dilemparkan sedemikian rupa boleh dianggap sebagai satu gurauan semata - mata?

Ianya menimbulkan satu persoalan sama ada Pak Sayuti tu kebal dari sebarang penghinaan atau dia hanya Bebal tak tentu arah sampai tak faham sindiran yang diberikan.

Dari sudut frasa bahasa, perkataan "Geli" itu juga boleh disalah-tafsirkan dengan mudah. "Geli" tu boleh dirujuk sebagai satu perasaan jijik terhadap sesuatu.

Tapi dalam erti kata lain, "Geli" itu juga boleh ditafsirkan sebagai satu bahan lawak jenaka. Jadi, yang mana satu maksud "Geli" yang diluahkan oleh Si Nurul Izzah tu?

Adakah dia anggap wajah orang PAS tu terlalu jijik sepertimana yang diulas oleh sahabat blogger yang lain, atau dia anggap orang PAS tu semuanya Pelawak semata - mata?

Apa yang pasti, kedua - dua pemahaman mengenai perkataan "Geli" itu sahaja merupakan satu penghinaan terhadap orang PAS. Sama ada Si Nurul Izzah tu jijik atau dia anggap orang PAS tu sebagai Pelawak, itu terpulang pada interpretasi masing - masing!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. dia cakap "GELI lihat wajah orang PAS," bukanya GELI HATI lihat wajah orang PAS... Really????.... is it really that difficult to understand???.... kalo ni pun tak faham nampak sangat la kebebalan MSO dan puak-puak PAS ni.... haishhhhh.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sebabnya... mungkin Pak Sayuti tu tak faham bahasa Sarcasm yang cuba disampaikan oleh Si Nurul Izzah tu sehingga dia anggap ianya sebagai satu bahan lawak jenaka...

      yang buat kita pelik ialah mengenai komen yang diberikan oleh MSO... kenapa dia anggap kenyataan Si Nurul Izzah tu sebagai satu "Gurauan"?

      Padam
  2. Geli maksud menyampah

    BalasPadam
  3. Perempuan mulut celupar .. apa nak diherankan . Dia tau anggota Pengikut Amalan Songsang ni kan berani saman dia . Kalau ada yang menyaman pun cepat2 minta ma'af !
    Mak Janda yang tiada kelas , tiada standard ...

    BalasPadam
  4. Jelasnya geli membawa maksud jijik. Hei geli lihat wajah orang pas= hei jijik lihat wajah orang pas. Apabila ditambah pulak dgn perkataan hei dihadapan, ianya lebih jelas membawa maksud mengejek. Kesimpulannya ayat tersebut memang bermaksud mengejek.

    BalasPadam
  5. Dia geli kat janggut tu. Geli ghairah atau geli kotor itu yg jadi persoalan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping