Ahad, September 28, 2014

Halamak ai!!! Bila dah kantoi, tau pulak dia nak tutup cerita dan buat dakwaan yang bukan - bukan. Sebelum ni, kenapa dia tak pikir semua benda tu?

Semuanya hanya semata - mata bila dia kantoi menipu mengenai persetujuan yang dicapai dalam untuk menendang bilangan kuota PAS dalam Exco Negeri.

Penipuan itu didedahkan oleh Setiausaha PAS Selangor sendiri apabila dia menafikan dakwaan wujudnya persetujuan untuk mengurangkan bilangan Exco PAS di Selangor.

Malah PAS Selangor juga turut dimaklumkan oleh PAS Pusat mengenai perkara yang sama. Tidak ada sebarang perbincangan dibuat mengenai perkara tersebut.

Namun, demi menegakkan benda yang memang sedia bengkok, Si Menteri Besar Selagor yang baru tu masih tetap jugak dengan penipuan yang telah dibuat sebelum ini.

Katanya, isu mengenai agihan bilangan kerusi Exco untuk PAS itu sudah pun dibincangkan dan ianya mendapat persetujuan dari kepimpinan Pakatan melalui Konsensus yang dicapai.

Jelas Si Azmin tu lagi, PAS tidak mempunyai Hak untuk mempertikaikan perkara tersebut dan berasa tidak puas hati kerana ianya sudah dibincangkan sebelum diperkenan oleh Sultan.
"Saya sudah berbincang dengan pemimpin PR dan konsensus itu diperolehi. Saya faham bagaimana perasaan sesetengah pihak, tetapi ia merupakan keputusan bersama yang mendapat perkenan Sultan Selangor," katanya di dalam laman Twitter Azmin yang memetik laporan portal The Malaysian Insider.
Hakikatnya, sepertimana yang kita sebut sebelum ini, Konsensus Pakatan tu hanya melibatkan PKR je. Persetujuan dicapai hanya setakat sesama diorang.

Ianya tidak melibatkan mana - mana parti lain dalam Pakatan. Yang lain tu hanya akan DIPAKSA untuk bersetuju dengan sebarang keputusan yang telah dibuat oleh PKR.

Jadi, memang patut la PAS tak tau bahawa wujudnya persetujuan mengenai status untuk mengurangkan bilangan kerusi Exco untuk mereka. Sebab Konsensus yang dibuat hanya melibatkan PKR. Yang diorang Pakat Angguk Saja sudah la!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Fahaman saya:-

    Ungkapan "Konsensus" tu lebihkurang ertinya "Ketum"...

    Kalau dia cakap dengan persetujuan konsensus, maknanya, dengan persetujuan Ketum ler... Rakyat Selangor kena mulai biasakan diri dengan perkataan 'konsensus' ni...

    Am I wrong..?

    BalasPadam
  2. semolek-moleknya PAS keluar dr PR dan menjadi pembangkang bersama-sama dgn BN di S'gor ni..barulah PAS betul2 boleh monitor MB boneka punya kerja selepas ni..Takbirrrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua bersetuju 200%. Dgn cadangan PTG diatas...apalagi PAS go headlah jgn layan pak ketum tu. Hahahaha

      Padam
  3. hahaha.....torbaek..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping