Sabtu, September 06, 2014

Huh! Tak sangka pulak yang Presiden PasMa-Cai tu cepat sangat hilang ingatan. Mungkin sebab dia terlalu 'ghairah' dan bernafsu nak jadi Pencacai membuatkan dia jadi macam tu.

Jika sebelum ini, Si Husam tu kata didalam PAS sekarang ni sedang wujud usaha ke arah kerjasama dengan UMNO. Kata dia, usaha tu sedang digiat dijalankan.

Kononnya, Si Husam tu membuat dakwaan bahawa usaha tersebut digerakkan oleh kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa pemimpin PAS.

Dari satu sudut, kita boleh pertikaikan dakwaan yang dibuat oleh Si Husam tu. Kenapa dia takut sangat sekiranya UMNO dan PAS ni bersatu?

Adakah ianya menjadi satu dosa besar yang tidak dapat diampunkan sekiranya perkara tersebut berlaku? Adakah benar "dunia akan kiamat" jika PAS dan UMNO bergabung?

Kalau diikutkan fatwa songsang seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang bergelar "Doktor" tu sebelum ini, memang itulah tanggapan dia.

Mungkin Si "Doktor" tu merujuk kepada dalil yang mengatakan dunia ni akan sampai ke penghujungnya bila umat Islam tu bersatu diantara satu sama lain.

Maka kemungkinan sebab itu Si Husam tu takut sangat jika perkara tu berlaku. Dia takut dunia ni akan kiamat seandainya PAS dan UMNO bersatu.

Tapi, macam mana pulak jika UMNO dan PKR bergabung menjalinkan kerjasama demi kepentingan Rakyat di Malaysia ni? Adakah tindakan tu tak salah?

Jika kita baca pendedahan yang dibuat oleh pengamal media sosial Pro PAS sebelum ini, jelas membuktikan bahawa memang wujud usaha kearah matlamat tersebut.

Tinggal lagi, perkara tu GAGAL akibat kerakusan nafsu ghairah Si Ketua Penipu tu nak menjadi Perdana Menteri tak dapat dikawal. Maka sebab itu ianya dibatalkan.

Apa yang pasti, pendedahan yang dibuat itu membuktikan bahawa Si Husam tu hanya seorang MUNAFIK yang sengaja membutakan mata dan bertindak berat sebelah.

Cuma, perkara tu tak menjadi hairan apabila orang macam Si Husam tu hanya golongan manusia yang sanggup buat apa saja demi memenuhi kepentingan periba!!! Maka sebab itulah dia menjadi buta dan mudah sangat hilang akal!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kalau mau bersetongkol dengan umnok jangan dekati kami. PASMA mampu bertahan di selangor dan penang walaupon satu kerusi, mb dan timbalan cm dalam tangan. Tarak pusing punya cau.

    BalasPadam
  2. Betul ke ni bang....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping