Huh! Nampak gayanya Parti Khianati Rakyat tu masih lagi sedang berusaha untuk tidak menobatkan Si Azmin Ali tu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Usaha bagi menghalang khabar angin yang bertiup sejak dua tiga hari ini menjadi kenyataan nampaknya masih lagi berhenti dan berterusan sehingga waktu ini.
Itu menunjukkan bahawa parti itu sudah semakin terdesak untuk menobatkan Si Wan Azizah tu sebagai Menteri Besar yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
Biarpun sebelum ini, sumber dari pihak istana memaklumkan bahawa tiada perlantikan Menteri Besar dari kalangan wanita akan dibuat, tapi itu tidak mencukupi bagi mereka.
Malah Biro Politik PKR yang telah bermesyuarat malam semalam tetap memutuskan untuk memohon izin mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi mencapai hasrat tersebut.
Mereka menggunakan alasan kononnya sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor terhadap Wan Azizah sebelum ini masih jelas dan tidak berubah.
Soalnya, kenapa diorang terdesak sangat nak angkat Si Wan Azizah tu menjadi Menteri Besar Selangor dan tetap menolak pencalonan orang lain termasuk Azmin sendiri?
Persoalan itu masih lagi belum dapat dijelaskan oleh PKR secara jujur kepada rakyat dan ianya menjadi tanda tanya besar dikalangan rakyat diseluruh Negara.
Apa yang pasti, kepimpinan parti itu sudah tentu ada agenda tersembunyi yang sengaja dikelirukan dari pengetahuan orang lain. Maka sebab itu diorang masih lagi berselindung mengenai perkara tersebut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.