Sabtu, September 20, 2014

Biar pun ianya satu kenyataan yang pahit, namun hakikat itu perlu diterima oleh PKR secara terbuka dan dengan berlapang dada. Ianya satu hakikat yang tak perlu dinafikan.

Tapi, apa kan daya bila kepimpinan parti itu menganggap Negeri Selangor tu kepunyaan mereka. Maka sebab itu diorang ingat diorang boleh bertindak sesuka hati.

Apa yang jelas, pendirian PKR itu nyata tidak setanding dengan Barisan Nasional yang boleh menerima hakikat tersebut dengan terbuka. Selangor tu bukan milik mereka.

Atas sebab itu perwakilan PAS tampil mengingatkan kepada parti sekutu mereka itu agar tidak selalu berjalan mendongak ke langit sehingga lupa daratan.

PAS menghormati keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor milik PKR namun ianya tidak bermakna ianya kekal milik parti tu.

Ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Mohd Sani Hamzan menjelaskan kerusi Menteri Besar Selangor boleh menjadi milik PAS jika parti itu menguasai kerusi DUN.
"Kalau kita (PAS) nak ambil kerusi menteri besar tunggu Pilihan Raya Umum yang ke-14. Kalau kita menang, kita sapu 20 kerusi (DUN), masa itu kita boleh menjadi kerajaan Negeri Selangor," katanya di Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.
Beliau sementara itu turut memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan yang membelakangi PAS dalam beberapa isu termasuk pengumuman Langkah Kajang.

Katanya, sebagai rakan komponen dalam Pakatan, PAS juga perlu diberi layanan yang sama rata demi muafakat antara parti.
"Kepada saudara Anwar Ibrahim, kepada Lim Kit Siang, nak apa-apa keputusan jangan buat keputusan sendiri. Bincang baik-baik dengan parti ini (PAS)," tegasnya lagi.
Jadi, usah la PKR anggap diri mereka terlalu hebat sangat sehingga sanggup menikam rakan sendiri dari belakang. Kalau setakat nak berlagak macam "Abang Besar"!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Parti mana yang kena main? Parti mana yang tak ada power dalam pakatan? Parti mana yang kena jadi pak turut dalam pakatan?

    BalasPadam
  2. Parti mana yang kena main? Parti mana yang tak ada power dalam pakatan? Parti mana yang kena jadi pak turut dalam pakatan?

    BalasPadam
  3. Pas.sepatutnya. Parti. Aselam semalaysia. Paling Asas. X betul. Yg.betul. P.I.S.Terkini. PAS....Parti Pas..pis...pus.. Pusingan U.JOM berguling atas Jalan utk dapig...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping