Rabu, September 24, 2014

Huh! Boleh pulak macam tu ye? Hari tu bila ditanya kenapa Si Wan Azizah tu sahaja yang nak dicalonkan sebagai MB, lain pulak alasan yang diorang bagi.

Kata diorang, kedudukan Si Wan Azizah tu sebagai Presiden PKR membuatkan dia berhak untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mengenai soal nak mencalonkan Si Azmin yu pulak, diorang beri alasan sebab Azmin tu hanya sekadar menduduki tangga kedua dalam parti.

Maka sebab itu nama Si Azmin tu diorang tak angkat untuk menjadi calon bagi menggantikan Si Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Kata diorang pada ketika itu, "Takkan pulak Timbalan Presiden nak jadi Menteri Besar dan Presiden kena ikut cakap dia? Itu dah terbalik."

Tapi sekarang, semuanya dah berubah. Sekarang boleh pulak Si Wan Azizah tu nak dilantik menjadi Exco Negeri yang bekerja dibawah Menteri Besar?

Biar pun perkara itu tidak lagi diumumkan oleh Si Azmin tu, tetapi kemungkinannya masih wujud. Si Wan Azizah tu masih lagi mempunyai kelayakan untuk dilantik.

Sekarang boleh pulak diorang buat semua benda songsang dan terbalik? Itu maknanya, selama hari ini diorang sekadar menipu rakyat je sebenarnya.

Alasan yang diorang berikan sebelum ini hanya sekadar untuk mengelirukan rakyat dan membuatkan keadaan menjadi huru hara. Itu je tujuan diorang.

Tapi, apa nak pelik ye tak. Puak - puak Parti Khianati Rakyat ni memang begitu la perangainya. Diorang ni memang suka MENIPU!!! Kalau sehari diorang tak menipu, memang tak sah!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Habis semua orang dikelentong oleh Anwar Ibrahim melalui Wan Azizah dan Azmin Ali.
    Sekarang jawatan MB baru Selangor sebenarnya dah berada ditangan Anwar. Apa dia nak buat suka hati dialah. Nantikanlah bermacam kerja onar dan melanggar amanah yg akan dilakukan oleh tiga serangkai tu.
    Padan muka Pas dan DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Padan muka rakyat selangor...
      Umno selangor?hidup lg ke?

      Padam
    2. UMNO Selangor ni macam hidup segan mati tak mahu lagi..semuanya mcm syok sendiri..Bilik gerakan pun mcm rumah tinggal tmpt penagih dadah buat port...Selagi kepalanya rosak badan dan ekor tak bole nak berfungsi..Tapi yg terbaik padan muka orang Selangor...

      Padam
  2. Dia bolih jadi tukang kipas Azmin dalam ofis ke mtg ke....

    BalasPadam
  3. Anuar ni,cepat2 sumbatkan dia dlm penjara. Macam 2 hura-hara yg dibuatnya,penghianat bangsa agama dn negara.Tak takut ke? Dgn Allah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping