Tun Suhailah Tan Sri Noah, 81, bonda kepada Menteri Pertahanan Malaysia, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dilaporkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, kira-kira jam 12. 30 pagi.
Khabar dukacita itu turut dimaklumkan melalui laman sosial Facebook miliknya, menerusi makluman yang dikeluarkan oleh pengurus akaun (admin) laman tersebut.
Turut dimaklumkan, jenazah Allahyarhamah yang berada di Bukit Tunku akan dibawa ke Masjid Negara untuk solat jenazah dan kemudian dikebumikan di Makam Pahlawan.
Dikesempatan itu, blog ini turut mengucapkan takziah kepada Menteri Pertahanan itu dan semoga beliau bersabar dengan kehilangan bonda tersayang.
Sama - sama kita doakan semoga roh Allahyarhamah dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T dan ditempatkan bersama golongan mereka-mereka yang beriman. Al-Fatihah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.