Ahad, Oktober 12, 2014

Digantung atau dipecat? Itu diantara pilihan yang ada pada Jawatankuasa PAS Pusat bagi menentukan Pengkhianatan yang telah dilakukan oleh dua orang ADUN Barua ni.

Keputusan serta laporan mengenai tindakan mereka yang membelakangkan parti dalam isu berkaitan kedudukan MB Selangor sebelum ini akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Kes mereka berdua akan dibentangkan oleh Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung dalam mesyuarat tersebut yang dijangkakan akan berlangsung di ibu pejabat PAS, hari ini.

Mustafa dalam kenyataannya sebelum ini berkata, kes tersebut tidak perlu melalui Jawatankuasa Disiplin parti kerana PAS Pusat mempunyai bidang kuasa tersendiri untuk membuat keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap ahli-ahlinya.

Jika dikenakan tindakan, mereka berdua masih boleh merayu kepada Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus yang lebih tinggi dari Jawatankuasa PAS Pusat.

Kedua - dua ADUN tersebut telah dipanggil menemui Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan 29 September lalu sebagai permulaan prosiding tindakan disiplin ke atas mereka.
"Segala butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.
"Bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," lapor Haprakdaily semalam.
Dua ADUN Beruk tu sebelum ini bersama 15 ADUN DAPigs dan 13 ADUN PKR menyokong Wan Azizah menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

Presiden PAS, Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah turut melabelkan tindakan mereka sebagai satu tindakan “BARUA” yang membelakangkan parti.

PS: Mengkala masuk mesyuarat AJK PAS yang separuh dari bilangan ahlinya memang semua KUTU BERAHAK Si Ketua Penipu tu, ada peluang ke diorang nak dipecat? Korang sendiri fikir la!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Apakah keputusan kali ini sama dgn keputusan seperti yg diterima Dato' Hassan Ali?
    Logiknya, Dato' Hassan dulu Pas pecat kerana desakan hebat DAP dan PKR.
    Sementara untuk yg berdua ni atas kehendak Pas sendiri.
    Sama-sama kita semua nantikan apa keputusan pucuk pimpinan Pas kali ini.
    Segalanya akan mencerminkan masa depan sokongan rakyat kpd parti jenama Islam itu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping