Kehangat isu berkaitan dengan pesta 'I Want To Touch A Dog' nampak gayanya masih belum selesai dan ianya masih menjadi bahan bualan dikalangan rakyat Malaysia.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Ustaz yang terlibat dalam program itu juga sudah menyatakan larangan menyentuh anjing dalam Hukum Islam mengikut Mazhab Syafie.
Ianya sudah diterangkan. Namun perkara tersebut tidak diendahkan oleh peserta dan seolah - olah mengabaikan peringatan yang telah diberikan terlebih dahulu.
Hakikatnya, isu tersebut menjadi hangat bukan soal diskriminasi terhadap haiwan. Tetapi ianya menjadi bahan eksploitasi dikalangan puak - puak tertentu di Negara ini.
Ianya dilihat sudah menjadi agenda puak - puak Liberalis dengan niat untuk menggugat aqidah umat Islam secara diam - diam. Perkara itu yang menjadikan isu tersebut hangat diperkatakan.
Seperti mana yang dijelaskan oleh Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad, banyak lagi benda lain yang elok dan dituntut untuk kita sentuh serta ianya memberi faedah jika dilaksanakan.
"Kenapa perlu nak sentuh perkara yang hanya mampu menjadi modal provokasi murahan antara sesama insan? Sungguh belas apabila timbul orang seperti ini," jelas beliau dalam satu kenyataan melalui kiriman SMS.
Apa yang pasti, isu ini menjadi satu polemik Politik dikalangan puak - puak pejuang Liberalis seperti Si Nurul Izzah tu untuk memenuhi kepentingan diri mereka sendiri.
Macam dah tak de kerja lain gamaknya diorang ni. Saja je nak cari penyakit. Lepas tu, mula la nak salahkan orang lain sedangkan isu utamanya ialah mengenai Pemahaman Islam tu sendiri.
Diakhir program tu ada tak dibuat sesi "BERSAMAK" secara berjemaah? Peserta - peserta program tu semua balik ke rumah, ada diorang samak tak pakaian mereka sebelum dibasuh? Kalau setakat bab pemahaman itu pun boleh diabaikan, memang jahanam la jawabnya!!!
Diakhir program tu ada tak dibuat sesi "BERSAMAK" secara berjemaah? Peserta - peserta program tu semua balik ke rumah, ada diorang samak tak pakaian mereka sebelum dibasuh? Kalau setakat bab pemahaman itu pun boleh diabaikan, memang jahanam la jawabnya!!!
kalo anak aku dak kene TAMPOR,
BalasPadamSelepas ini akan ada pulak pesta sentuh babi.
BalasPadamDan akhirnya makan satay babi....
Sebab babi pun makhluk atau haiwan yg boleh dimakan....
Sudah tentu Melayu-Melayu bertudung yg mempamerkan dirinya untuk pesta sentuh anjing itu akan ikut serta dgn bangga dan bergaya bersama anak-anak.
Inilah hasil tarbiah politik pembangkang yg mahukan pengikutnya menentang kerajaan UMNO/BN dan apa jua peraturan atau undang-undang.
Akhirnya setelah terbukti pembangkang pun tak kemana dan tak boleh dipercayaai, sikap menentang yg sekian lama tertanam dalam jiwa memberontak mahu menentang undang-undang atau hukum Islam pulak.
Maka terjadilah apa yg terjadi.
Puncanya kerana tarbiah membenci kerajaan dan undang-undang yg sedia ada.