Isnin, Oktober 27, 2014

Memang Memalukan!!! Ingatkan bila dia dah pegang jawatan besar dalam pentadbiran, dia ada la sedikit kemampuan untuk menjaga kemaluan diri dia sendiri.

Tapi nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu masih banyak lagi benda yang dia perlu belajar. Dalam erti kata lainnya, dia masih lagi mentah.

Apa la gunanya dia menjadi seorang pemimpin jika maruah diri dia sendiri pun masih GAGAL untuk dipertahankan? Bagaimana mungkin dia dapat menjaga maruah rakyat?

Dipalit dengan isu kontroversi, melobi dirinya sendiri untuk merebut jawatan Menteri Besar dari dituntut oleh Si Wan Azizah bukan satu tuduhan yang boleh dipandang remeh.

Ianya melibatkan soal KESETIAAN dia terhadap dasar perjuangan parti. Jika dalam parti pun dia sanggup bersifat khianat, jadi tak mustahil jika dia boleh buat tindakan sama terhadap rakyat.

Maka itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh Si Menteri Besar yang baru tu. Adakah benar tuduhan yang telah dilemparkan oleh Si Chagubard tu terhadap dirinya sebelum ini?

Jika ianya hanya sekadar fitnah dan khabar angin semata - mata, kenapa dia tak nak saman Bekas Ketua Cabang PKR Rembau tu? Kenapa dia tak nak heret Si Chagubard tu ke muka pengadilan?

Sesungguhnya, dia berhutang penjelasan dengan rakyat. Dan apa yang lebih penting, dia berhutang KEBENARAN serta KETELUSAN kepada rakyat dibawah pemerintahannya.

Adakah kedua - dua perkara itu masih boleh dianggap sebagai satu isu yang remeh sehingga ia mampu membangkitkan rasa curiga dikalangan rakyat Selangor secara keseluruhannya?

Malah, tuduhan yang dilemparkan terhadap Si Azmin tu juga turut memberi impak terhadap kredibiliti serta integriti dirinya sendiri, sama ada sebagai Menteri Besar mahu pun sebagai Timbalan Presiden.

Jika sebelum ini, dia kata dia nak ikut jejak Si Jokowi. Rasanya, kalau Si Jokowi tu dituduh sedemikian rupa, sudah tentu dia akan ambik tindakan terhadap pihak yang membuat tuduhan tersebut. Bukannya hanya sekadar mendiamkan diri dan jadi seorang PENGECUT!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping