Pengerusi MyWatch S.Sri Sanjeevan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bernilai hampir RM340,000 untuk dua nombor pendaftaran kereta bersiri BMW.
Berdasarkan gambar yang telah menjadi viral di Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Selangor.
Pendaftaran bagi siri nombor plat BMW ini telah dibuka untuk tender awam di Pejabat JPJ di seluruh negara yang dibuka dari 14 hingga 28 Ogos yang lalu.
Banyak yang diperkatakan oleh pengguna Twitter seperti yang terdapat di Twitter @The_Mamu - "Sanjeevan ni meniaga apa sebenarnya? Kaya betul beli nombor plat mahal-mahal."
@MuazFadhli juga telah mempertikaikannya dengan berkata, "Kaya Sanjeevan ni. Lee Chong Wei beli Satu je no plat BMW."
Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai perkara ini, Sanjeevan enggan mengulas dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.
Dalam kenyataan yang dibuat, Sanjeevan hanya mempersoalkan kritikan yang diberikan namun tidak menjelaskan dari mana sumber hasil yang diperolehi olehnya.
“Tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan usaha gigih saya dalam mendapatkan wang tetapi sesiapa sahaja boleh mempersoalkan jika dana awam dibazirkan. Ini dua perkara yang berbeza. Sesiapa yang tidak berpuas hati sila laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya seorang rakyat yang baik kerana saya menyumbangkan pendapatan saya kepada kerajaan, tetapi bagaimana dengan mereka yang mendapatkannya dengan percuma. Itu kehilangan hasil, bukan?”
Itu yang IRONIKnya. Sebelum ni, dia dok mempertikaikan pasal Integriti dan Ketelusan orang lain. Tapi bila kena pada batang hidung dia, tau pulak dia nak pusing cerita dan buat tuduhan yang bukan- bukan!!! Itu menunjukkan yang dia pun tak de Integriti juga!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.