Rabu, Oktober 29, 2014

Herankan? Tak berapa lama selepas Si Khalid Samad tu keluarkan kenyataan yang dilihat seolah - olah menyindir Si Nik Abduh, tiba - tiba pulak dia kena boikot oleh ahli diperingkat akar umbi. (Klik Sini)

Adakah isu itu ada kaitannya? Atau ianya hanya sekadar satu kebetulan? Jika sebelum ini, Si Khalid Samad tu mengakui bahawa PAS memang terpaksa mengalah kepada DAPigs dan PKR.

Kata Si Khalid Samad dalam kenyataan tersebut, biarpun PAS pernah 'disiku' oleh rakan sekutunya dalam Pakatan, parti itu perlu harus bertahan demi kepentingan Politik dimasa akan datang.

Kalau kita lihat kenyataan itu dari satu sudut, seolah - olah Si Khalid Samad tu tak ambik berat lansung jika PAS menjadi bahan buli rakan sekutunya sehingga mengakibatkan parti itu hilang kredibiliti.

Tak kisah la apa pun orang nak buat pada PAS. Biar hilang dasar perjuangan sendiri pun tak pe. Asalkan dapat terus memenuhi kepentingan serta kehendak orang lain. Itu pun dah cukup memadai.

Sepertimana yang semua orang sedia maklum, isu mengenai PAS yang didakwa dibuli dalam Pakatan itu timbul selepas Si Nik Abduh tu keluarkan kenyataan sebelum ini.

Si Nik Abduh tu sendiri yang membuat pengakuan tersebut dan ianya telah disiarkan dalam laman media. Malah ianya turut dijadikan topik hangat dilaman media sosial.

Jadi sekarang, adakah Si Khalid Samad tu nak dakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nik Abduh tu adalah satu pembohongan? Adakah dia nak kata Si Nik Abduh tu menipu?

Jika kita lihat jawapan yang Si Khalid Samad tu berikan kepada YB Tan Sri Annuar Musa, kenyataan bahawa PAS menjadi mangsa buli itu tidak wujud. Nah! Sekarang, apa penjelasan dia?

Malah kenyataan yang dikeluarkan sebelum itu yang menimbulkan tanda tanya. Adakah dia cuba nak sindir Si Nik Abduh dan suruh dia 'balik rumah dan beritahu mak ayah yang dia telah dibuli'?
“Kita kena faham adat berkawan, kalau dulu biasanya main sendirian, tapi sekarang dah ada kawan. Tak boleh kememeh (manja), main bola dengan kawan pun kadang-kadang kena siku.
“Lalu relakslah. Kalau kena siku…balik rumah beritahu mak ayah dibuli, takut-takut akhirnya tak ada orang nak kawan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Heh! Nampak gayanya Si Khalid Samad tu dah mula terperangkap dalam permainan dia sendiri. Jadi tak heran la jika orang macam Si Khalid Samad ni tak disenangi oleh ahli - ahli PAS diperingkat akar umbi. Sebab dia jenis manusia yang mudah untuk menjual maruah dirinya kepada orang lain!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Masa nenek moyang bercerita tentang kenapa sesetenggah golongan PARIAH adalah lebih merbahaya daripada ULAR di dalam belukar, orang macam si khalid bishop ni lah yang mereka masksudkan!!!! Betul tak?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping