Hah, pulak dah!!! Kita jangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan ditengahari dan bawak ke malam. Hari ini, kecoh juga cerita pasal sekeping surat dari Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang ni.
Surat tersebut mula tersebar dalam laman media sosial sambil memaparkan bantahan mereka terhadap penyertaan Si Khalid Samad tu dalam Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden tu.
Soalnya, adakah surat itu surat palsu yang sengaja disebarkan untuk memburukkan imej Ahli Parlimen Shah itu? Atau, adakah surat itu benar - benar dikeluarkan oleh DPP Pulau Pinang?
Jika benar, kenapa agaknya Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengambil tindakan sedemikian terhadap Si Khalid Samad tu? Boleh tak Si Khalid Samad tu jelaskan perkara tersebut?
Agaknya, kenapa mereka enggan turut serta dalam program sekiranya Si Khalid Samad tu hadir sama? Adakah diorang anggap Si Khalid Samad tu tak layak hadir?
Atau, adakah mereka anggap Si Khalid Samad tu bukan seorang pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk menterjemah Ucapan Dasar Presiden Parti?
Persoalan utama yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah Si Khalid Samad tu akan kata semua ini juga hasil kerja UMNO/BN yang membuatkan Pemuda PAS benci pada dia?
Jika Si Khalid Samad tu benar - benar seorang pemimpin yang ada otak, sudah tentu dia akan dapat faham mesej yang cuba disampaikan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang ni.
Sudah tentu dia akan faham bahawa dia bukannya seorang pemimpin yang dapat diterima oleh semua pihak. Malah turut ditolak oleh ahli - ahli PAS itu sendiri. Jadi, usah la Si Khalid Samad tu nak meroyan tak tentu arah dan salahkan orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.