Wah!!! Biar betul beb. Berani ke Si Menteri Besar Selangor yang baru tu nak ambik tindakan tersebut terhadap orang kuat Khalid Ibrahim yang buat pendedahn sebelum ini?
Adakah Si Menteri Besar Selangor tu sanggup memfailkan saman terhadap Bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim demi menjaga maruah dan integriti diri dia sendiri?
Jika sebelum ini, Bekas CEO Perbadanan Menteri Besar (MBI) tu buat dakwaan kononnya Si Menteri Besar Selangor yang baru tu mengamalkan Politik Dendam terhadap Khalid.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, MB baru tu didakwa telah membekukan akaun bagi Skim Mesra Usia Emas dikawasan Bandar Tun Razak dan Perlabuhan Klang.
Namun dalam kenyataan balas MB Selangor tu semalam, dia menafikan dakwaan yang telah dibuat dan tetap menganggap Khalid Ibrahim tu sebagai "Sahabat" dia.
Bagi menjawab dakwaan Faekah itu, Azmin turut memberitahu bahawa soal pembekuan akaun SMUE itu tidak timbul kerana itu adalah dasar yang diguna pakai oleh Khalid sendiri sebelum ini.
“Semasa tahun 2008, sewaktu wakil kita, bekas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham keluar parti, tindakan yang sama dilakukan oleh Khalid, begitu juga dengan enam orang exco yang dipecat,” katanya di lobi SUK.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan Si MB Baru tu seolah - olah ingin menyatakan bahawa amalan Politik Dendam ni telah dilakukan sejak zaman pemerintahan Khalid Ibrahim lagi.
Kesimpulannya, jika benar Si MB Baru tu tak de kaitan pun dengan pembekuan tersebut dan dakwaan yang dibuat hanya sekadar fitnah semata - mata, berani tak dia nak ambik tindakan?
Berani tak dia untuk failkan saman fitnah terhadap Si Faekah tu kerana jelas pendedahan yang dibuat sebelum ini merupakan satu tindakan jahat untuk memburukkan imej dia?
Kalau tidak ada sebarang tindakan yang diambil, nampak gayanya Si MB Baru tu awal - awal dah GAGAL menjaga maruah diri dia sendiri. Jadi, macam mana dia nak menjaga maruah rakyat yang berada dibawah pemerintahan dia dimasa akan datang!!!
Takpa lah nak buat cara mana sekali pun, tetapi jangan jadikan rakyat sebagai mangsa persengkitaan kamu berdua dan jangan jadikan rakyat yang tak bersalah sebagai pertaruhan, meletakkan mereka dalam cemas dan gelisah kemungkinan tindakan bodoh yang bakal kamu lakukan.
BalasPadamBawa masaalah kamu balik kerumah kamu. Rakyat lebih mengharapkan tentang apa kelebihan MB baru berbanding MB lama yang disarakan. Kalau setakat kaki ugut dan kaki gaduh, tak ada beza jika dilantik Jayeselan bekas penarik kereta jadi MB.
u ulang i saman..
BalasPadamI ulang u saman, i ulang peduli apa
Padam