Rabu, Oktober 08, 2014

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. 

Panggilan ke telefon bimbitnya juga tidak dijawab walaupun telah cuba dihubungi beberapa kali. Malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

PS: Orang yang tak de Istiqomah, memang mudah kecewa. Nak pulak bila kepentingan diri dia dipinggirkan begitu saja. Jadi, tak rugi pun kalau Parasit macam Si Tamrin ni berambus!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. TAmrin tu kalu nak belah dari PAS-pisss-pusssy tu, belah saja lah. Ada pun kamu tu tak menambah, tak ada tak mengurang.....tapi tolong lah jangan balik semula masuk BN. Ada nya ko kat dalam BN nanti buat suwey saja.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping