Selasa, Oktober 07, 2014

Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara.
“Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan.
“Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV di sini, pada Jumaat malam.
Program selama satu jam yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, bertajuk ‘Akta Hasutan 1948′ itu turut mengundang peguam serta penganalisis politik, Hasnal Rezua Merican sebagai tetamu jemputan.

Musa berkata akta berkenaan tidak perlu dimansuh atau diganti dengan akta baharu, namun ia boleh diubahsuai mengikut peredaran zaman dengan melakukan beberapa penambahbaikan.
“Saya merasakan kalau kita nak ubahsuai akta ini, kita membenarkan kritikan membina terhadap kerajaan. Ia tak jadi kesalahan asalkan kritikan bukan untuk hasut menggulingkan kerajaan dengan cara tak demokrasi.
“Tapi yang lain-lain berkaitan hak asasi, hak keitimewaan bumiputera, raja-raja, itu perlu kita jaga…itu penting,” katanya.
Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping