Lewat petang semalam, kecoh dilaman media sosial dan aplikasi atas talian mengenai kewujudan laman 'Fanpage' palsu yang menggunakan nama Menteri Besar Pahang.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Pahang.
Status yang turut dimuat-naik dilaman media sosial menegaskan tindakan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh mereka yang tidak mempunyai 'Authority'.
"Team Pahangku Media mengesan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama DSDR MB Pahang untuk buka fan page palsu."
Dari tinjauan yang dibuat, jelas beberapa status yang dikongsikan dalam laman tersebut sejak kebelakangan ini agak mengelirukan dan tidak menggambarkan imej Menteri Besar Pahang.
Salah satu status yang agak mengelirukan... |
Turut dimaklumkan oleh YB Dato' Shahaniza, laman fanpage rasmi Menteri Besar Pahang hanya menggunakan nama asalnya, 'Adnan Yaakob' yang dibuka sejak tahun 2009 seperti yang tertera dibawah:
Kewujudan laman Fanpage palsu itu juga turut menjadi viral didalam ruangan aplikasi Whatsapp serta Telegram yang turut menyeru agar semua pihak tidak terpengaruh dengan akaun tersebut. #Sumber
PS: Zaman sekarang ni, mudah sangat nak keliru dan mengelirukan lain ye tak. Atau mungkin ini satu lagi usaha 'Pembunuhan Karektor" yang sengaja dirancang oleh pihak tertentu? Korang fikir la sendiri!!!
PS: Zaman sekarang ni, mudah sangat nak keliru dan mengelirukan lain ye tak. Atau mungkin ini satu lagi usaha 'Pembunuhan Karektor" yang sengaja dirancang oleh pihak tertentu? Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.