Ahad, November 16, 2014

Bahagian mana yang diorang tak faham sangat suara rakyat ni gamaknya ye? Bercakap dah dalam bahasa Malaysia. Kot kalau tak faham jugak, susah la jawabnya. Nak cakap bahasa apa lagi?

Takkan diorang nak suruh kita cakap dalam bahasa Inggeris? Maaf. I feel very stupid if i talk in English. Not that i do not know how, but I would rather write in Malay with pride and joy.

Hakikatnya, dah ramai sangat dah pihak yang tampil kehadapan, sama ada dari kalangan NGO mahupun penyokong - penyokong UMNO sendiri yang bersuara mengenai isu yang sama.

Bahkan sayap yang dianggap 'Tulang Belakang UMNO' sendiri pun dah buat pendirian mereka mendesak agar Akta Hasutan itu kekal bagi memastikan kesucian Agama, Bangsa dan Negara tu terus terpelihara.

Malah, Majlis Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional, MUBARAK sendiri pun dah menyatakan pendirian mereka mengenai isu yang sama. Takkan itu pun masih ada yang tak faham lagi? Katanya:
“Akta Hasutan diperlukan hari ini dan juga pada masa depan, kerana kita tidak mahu ada golongan yang mencerca agama, sultan atau memutarbelitkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
Nah! Tak cukup lagi ke dengan penjelasan yang diberikan? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh rakyat serta penyokong - penyokong parti untuk meyakinkan Kerajaan mengenai isu tersebut?

Kenapa pihak Kerajaan ni masih tidak mengambil pandangan dari kalangan Majlis Perundingan melayu mengenai isu yang sama iaitu untuk penambah-baikkan Akta Hasutan tu?
"Isu-isu seperti isu mengasingkan Sabah dan Sarawak daripada Semenanjung Malaysia atau mencerca dan mencela agama sudah pasti akan pecah-belah sebuah negara yang aman dan harmoni," katanya dalam sidang media mengenai Akta Hasutan di sini Sabtu.
Isu yang sama juga pernah dibangkitkan oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam forum - forum yang diadakan sebelum ini. Masih tak jelas lagi ke mesej yang cuba nak disampaikan? Takkan nak tunggu maruah Negara dah tergadai baru diorang nak sedar diri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping