Ahad, November 16, 2014

Wah! Nampak gayanya '"Dalang Besar" disebalik kartel yang didakwa menjadi 'Taukeh' pencerobohan tanah haram di Cameron Highland sudah ditemui namun tidak didedahkan.

Menurut SUMBER laporan berita yang disiarkan baru - baru ini, Kepala Kartel itu katanya pernah dibuang daerah. Tetapi dia mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Politik.

Berikut sebahagian daripada pendedahan yang dibuat terhadap aktiviti Kepala Kartel tu sepertimana yang disiarkan didalam laman media sejak kebelakang ini:
14 Nov. - Seorang lelaki yang pernah dikenakan hukuman buang daerah didakwa antara dalang utama yang rakus merosakkan alam sekitar di sini melalui tindakan meneroka tanah secara haram bagi aktiviti pertanian.
Sumber mendakwa, walaupun sudah meneroka beratus-ratus hektar dan perbuatannya diketahui umum namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas individu yang dianggap ‘tauke besar’ itu berikutan hubungan rapat dengan beberapa pemimpin politik.
“Malah, lelaki tersebut juga dikatakan turut memberi habuan kepada segelintir anggota agensi pengu­at kuasa bagi memastikan kegiatan haramnya tidak diganggu.
Sumber itu mendakwa, aktiviti pertanian yang dijalankan oleh lelaki berkenaan ialah di salah satu kawasan penanaman sayur terbesar di daerah ini.
Individu berkenaan bukanlah ahli politik namun bijak menutup kegiatannya menerusi hubungan rapat dengan pemimpin politik sehingga di peringkat negeri berikutan itu tanah-tanah yang dice­robohnya mudah ‘dihalalkan’ walaupun menyalahi peraturan dan undang-undang,” dakwanya.
PERSOALANNYA, kenapa pihak media hanya menyebut SUMBER? Kenapa mereka takut nak menyatakan siapa yang mendedahkan perkara tersebut kepada mereka?

Mungkin atas dasar keselamatan, maka SUMBER itu tidak didedahkan. Namun, mereka masih perlu menjelaskan apa tindakan mereka selanjutnya memandangkan mereka dah jumpa SUMBER yang dimaksudkan?

Adakah mereka akan membantu SUMBER tersebut untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan perundangan dapat diambil supaya Kepala Kartel itu dapat didakwa? Atau sekadar mendiamkan diri?

Andaikata mereka tidak menyatakan perkara yang sebenar, maka pendedahan yang dibuat itu hanya akan dianggap fitnah semata - mata kerana ianya turut melibatkan Integriti agensi Kerajaan sendiri.

Sekiranya mereka benar - benar pihak yang bertanggungjawab dan mendabik dada mengatakan bahawa mereka menjalankan kerja jauh lebih amanah dari orang lain, perkara itu perlu diutamakan. Jangan dibiarkan rakyat terus tertanya - tanya, siapa SUMBER yang dimaksudkan!!!

#Berita Penuh, sila Klik Sini
Categories:

3 ulasan:

  1. Perkataan 'sumber' selalu di gunakan oleh pihak media,tak kan SH tak tahu,kerana mungkin 'sumber' itu sendiri tidak mahu identitinya di dedahkan.Alahai.. SH nampak sangat kamu ni 'alat' Tok Nan,bukan alat rakyat.Seluruh negara dah nampak apa-yg berlaku memang kelemahan pentadbiran,dan DS SUK sendiri dah mengaku,jadi apa lagi nak kenen sana nak kenen sini,terima je lah hakikat,dan baiki kelemahan.

    Tanah Tinggi adalah satu-satunya asset istimewa milik negeri Pahang yg tidak di miliki oleh negara lain di SEmenanjug,oleh itu kita patut menjaganya dgn baik,jadikan ialah sumber hasil menarik pelancunga.

    CH teruk,Tioman,teruk ,Frease Hill sepi,Teluk Cempedak teruk,Taman Negara pun tak begitu menarik ,semua ini adalah sesuatu keistimewaan yg tidak ada di negeri lain.Kalau Tok Nan ada class perkara beginilah yg perlu beliau beri perhatian istimewa,beri nafas baru,bukan di bairkan makin malap,makin malap dan akhirnya menjadi tragedi.Sungai Pahang juga adalah sesuatu yg istimewaan,yg boleh di jadikan sumber tarikan pelancungan.Kalau Terengganu ada pantai dan mereka menjalankan perlumbaan Piala Monsoon,Tok Nan patut cari jalan adakan sesuatu di Sg Pahang,jangan biarkan Sungai Pahang di penuhi keladak, tebing yg kian runtuh serta dasar sungai yg kian cetek dek timbunan pasir,hidupan ikan yg kian pupus,tuntong yg sudah lenyap tidak bertelur lagi.Jangan hanya sibuk memikirkan penjualan air Sg Pahang kepada Selangor,tapi keindahan semula jadi sungai tidak di jaga.

    Sebagai orang Pahang saya sangat mengharapkan utk Pahang mendapat seorang MB,yg tahu menghargai alam semula jadi,kerana inilah keistimewaan negari ini.,walau pun saya sebenarnya sudah meninggalkan Pahan berpuluh tahu yg lalu,kerana mencari rezeki di rantau orang.Semuga Pahang boleh kembali ceria dan berjaya.Kalau perlu tukan MB ,tukaralah MB...he,he,...

    BalasPadam
  2. Kiranya, kalau lepas ni, Najib Razak buat perangai... yang sejak akhir-akhir ni nampak gayanya semakin banyak menerima kritikan, tak perlu la nak dipertahankan... sebab nanti akan ada orang kata, blog ni telah 'Alat' Najib Razak... bukannya 'Alat' rakyat... Tak gitu TANPA NAMA 12:57 PTG?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Najib buat salah memang tak perlu di pertahankan,Islam pun tak benarkan kita pertahankan orang yg salah.Saya pun bukan penyokong Najib,malah menyokong Umno pun baru hanya dalam PRU yg lalu.Terus terang saya katakan saya dulu adalah penyokong totok org yg SH panggil Ketua Penipu,saya boleh duduk dan makan semeja dgn beliau juga WA.saya ada jawatan dalam PKR dan memang di minta jadi calun pada satu ketika,tapi itu semua saya tinggalkan sebaik saja saya tahu kedudukan sebenar mengenai 'Ketua Penipu' ,terutama berkaitan kes Sodomi 2nya ,saya tahu dgn jelas dan pernah bersemuka dgnnya dlm perkara ini.Hidup kena berprinsip,bukan sokong asal orang kita.Sekarang pun kebetulan saya kenal seseorang yg boleh acces pada Najib & isteri,dan saya gunakan laluan itu utk mengkritik dan memberi cadangan pada mereka,bukan membodek dan bukan juga meminta projek.Sepanjang yg saya tahu,PM Najib &isteri lebih terbuka menerima kritikan,tidak seperti T.Nan.Saya pun tahu T.Nan juga ada menghantar kritikan beliau pada DS Najib selepas PRU 13.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping