Selasa, November 04, 2014

Gila punya kerja. Dah nama Ketua Penipu pun dia masih nak upah Pakar Penipu untuk membela didalam mahkamah? Apa, dia ingat semua rakyat Malaysia ni BODOH sangat ke?

Hari ini, pihak Pendakwaan mempertikaikan mengenai kredibiliti saksi yang ditampilkan oleh pihak pembelaan berhubung kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Si Saiful sebelum ini.

Dimahkamah sebelum ini, saksi pembelaan yang dipanggil adalah seorang doktor, Brian McDonald yang diragui kemampuannya dalam bidang yang berkaitan dengan DNA.

Tan Sri Shafee hari ini, memberitahu mahkamah bahawa keterangan yang diberikan oleh saksi tersebut tidak relevan untuk digunakan kerana ianya pernah ditolak pada tahun 2007.

Kali kedua keterangan yang dibuat oleh McDonald ditolak pada tahun 2014 dan turut tidak diiktiraf oleh banyak termasuk di Negara Brunei serta Negara asalnya, Australia sendiri.

Shafee yang berhujah di Mahkamah Rayuan turu menjelaskan, peribadi Si McDonald itu disifatkan sebagai individu yang akan memberitahu apa sahaja di muka bumi ini demi kepentingan individu tertentu.

Tambahnya, warga Australia itu tidak mempunyai kepakaran khusus dalam bidang tersebut malah negaranya juga menyifatkan McDonald sebagai seorang yang bukan pakar.

Hujah Shafee kemudiannya menyebut mengenai DNA Lelaki Y yang dikaitkan dengan Si Ketua Penipu tu serta menjelaskan penemuan sampel DNA tersebut sebelum ini adalah utuh.

Si Ketua Penipu tu didakwa telah menggunakan barang - barang yang diberikan ketika berada dalam tahanan lokap dan ianya berdasarkan gambar bukti di tempat kejadian.

Kesimpulannya, pihak pembelaan nampak gayanya dah habis akal dan terpaksa mempergunakan saksi luar untuk membela Si Ketua Penipu tu dalam kesnya kali ini.

Persoalannya, kenapa pihak Pembelaan tidak memanggil isteri kepada Si Ketua Penipu tu untuk menjadi saksi Alibi sedangkan sebelum ini Si Ketua Penipu tu kata dia ada dengannya sewaktu kejadian?

Nampak sangat la yang pihak pembelaan tu sendiri pun tak yakin dengan kemampuan Si Wan Azizah sehingga tidak dijadikan sebagai saksi penting dalam kes suaminya sendiri. Kalau isteri pun tak mampu nak mampu nak pertahankan maruah suami, jangan harap la orang luar!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping