Haduyai! Ini yang kadang - kadang buat orang dibawah ni fedup dengan perangai sesetengah pemimpin atasan UMNO ni. Buat kerja tak pernah nak berfikir panjang.
Suka sangat diorang ni ikut rasa hati sendiri dan tidak melihat pandangan yang lebih jauh dalam usaha untuk merapatkan ukhwah dikalangan masyarakat Malaysia.
Orang jenis macam ni agaknya lebih suka melihat orang Melayu Islam di Malaysia ni terus berpecah belah dan memusuhi diantara satu sama lain yang akhirnya menyusahkan orang lain.
Selama ni kita ingatkan hanya hanya didalam kelompok PAS je yang ada pemimpin - pemimpin berhaluan kiri yang tidak mahu melihat UMNO dan PAS bersatu.
Mereka yang terdiri dari kalangan puak - puak Liberalis ni memang tak suka melihat orang Melayu/Islam menjadi dominan dan mencerahkan peluang Melayu/Bumiputera memerintah di Malaysia.
Bagi mereka, jika perkara itu berlaku, maka sudah tentu diorang susah nak cari makan. Susah diorang nak ambik peluang demi memenuhi kepentingan diri mereka sendiri.
Maka sebab itu pemimpin - pemimpin sedemikian sehabis boleh akan menentang apa sahaja usaha ke arah penyatuan Ummah yang dirancang dan dicadangkan diantara PAS dan UMNO.
Tapi rupanya, dalam UMNO pun sama jugak. Ada jugak dikalangan pemimpin - pemimpinnya yang tak senang melihat kerjasama diantara PAS dan UMNO ni berterusan.
Maka sebab itulah diorang berusaha untuk terus memburuk - burukkan PAS dan melaga - lagakan orang UMNO dengan orang PAS. Dan seterusnya, keluar la macam - macam persepsi buruk.
Ada yang berpendapat, pemimpin jenis ni tak suka sekiranya UMNO bergabung dengan PAS sebab ianya akan membuatkan mereka 'susah nak buat kerja'. Banyak kekangan dimasa akan datang.
Maka muncul la istilah - istilah kafir mengkafir, sesat dan sebagainya terhadap pihak - pihak tertentu. Untuk apa? Untuk memastikan perpaduan ummah itu tercapai?
Atau, adakah mereka mahu melihat perpecahan dikalangan orang UMNO dan PAS terus mencipta jurang yang lebih dalam? Perkara ini bukannya orang bawah tak boleh nampak. Itu pasal la pemimpin UMNO ni kena diberi cermin. Suruh diorang tengok diri diorang dulu. Jangan pandai nak mengata orang lain je!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.