Nampak gayanya, barisan peguam Si Ketua Penipu tu kelihatan semakin terdesak apabila mula mempertikaikan kredibiliti Dr. Seah, Pakar Forensik PDRM dalam ujian yang dibuat.
Usaha mereka itu dilihat sekadar satu percubaan untuk menimbulkan keraguan terhadap dakwaan liwat yang melibatkan Si Ketua Penipu tu terhadap Si Saiful.
Antara lain, peguam Si Ketua Penipu tu mempertikaikan tahap 'degradation' pada sampel yang diambil dari rektum Saiful selepas 56 jam. Sebelum ini, Dr. Seah menafikannya.
Walaupun Dr. Seah menjelaskan keadaan itu (degradation) akan berlaku, namun sampel yang diambik dari lubang rektum Si Saiful tu masih berada dalam keadaan yang baik untuk dibuat ujian.
Walaubagaimana pun, Peguam yang mewakili Si Ketua Penipu tu tetap juga membuat dakwaan bahawa sampel yang diambil telah diusik tetapi tidak diketahui milik siapa.
Dakwaan tersebut ditujukan kepada sama ada IO Jude Pereira atau orang lain. Peguam Si Ketua Penipu tu sendiri mengaku kata dia tak tau. Ianya sekadar andaian semata - mata.
Itu membuktikan bahawa barisan peguam Si Ketua Penipu tu sendiri pun dah mati akal nak membuktikan sampel DNA 'Lelaki Y' yang ditemui dalam rektum Si Saiful bukan milik Si Ketua Penipu tu.
Mereka hanya tetap mempertahankan hujah dengan menyatakan sampel DNA yang diperolehi dari barang yang diambil didalam lokap bukan milik Si Ketua Penipu tu.
Sehingga hari ini, apabila diajukan soalan kenapa Si Ketua Penipu tu enggan menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak Polis secara sukarela, mereka kerap mengelak untuk menjawabnya.
Mereka tetap GAGAL untuk meyakinkan pihak Mahkamah bahawa DNA 'Lelaki Y' itu bukan milik Si Ketua Penipu tu walaupun cuba untuk mempertikaikan ujian yang telah dijalankan.
Dalam erti kata lain, mereka menafikan sampel DNA 'Lelaki Y' itu bukan milik Si Ketua Penipu tu hanya berdasarkan kepada 'Andaian' dan 'Dakwaan' semata - mata.
Persoalannya, adakah itu merupakan tataetika bagi seorang peguam? Kalau setakat main ikut andaian dan buat dakwaan tanpa perlu disertakan dengan bukti yang kukuh, apa gunanya Si Ketua Penipu tu bayar diorang mahal - mahal!!! Buat mengabihkan duit Yahudi je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.