Isnin, November 03, 2014

Selepas tamat prosiding rayuan kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hari Jumaat lepas, ramai masih lagi percaya bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah dalam kes itu.

Dalam satu undian yang dibuat di laman web Mynewshub.cc sebanyak 736 undi atau 54 peratus daripada keseluruhan 1,366 menyatakan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Sebanyak 492 undi iaitu 36 peratus pula mengatakan Anwar tidak bersalah dalam tuduhan itu manakala 138 undi iaitu 10 peratus tidak mahu ambil kisah akan kes berkenaan.

Pada sesi Jumaat, Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahnya berkata hanya beg plastik berisi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd Saiful dibuka oleh pegawai penyiasat dalam kes itu dan bukan bekas yang mengandungi calitan daripada rektum mangsa.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu berkata Supt (bersara) Jude Blacious Pereira mematuhi Peraturan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) apabila semua barang kes disimpan dalam sampul berasingan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.

Beliau berkata semasa pemeriksaan utama, Pereira telah menjelaskan perkara itu secara terperinci dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan tindakannya seperti didakwa pihak pembela.
“Apa yang beliau lakukan sebenarnya mematuhi betul-betul apa yang dikehendaki di bawah IGSO dengan meletakkan setiap bekas dalam sampul berasingan dan menandakan sampul-sampul itu.
“Beliau tidak membuat apa-apa penandaan pada bekas itu atau membukanya kerana ia telah dimeterai oleh Dr Siew Sheue Feng dan doktor itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menandatangani pada cap setiap satu daripada bekas itu, ” kata Muhammad Shafee.
PS: Nampak gayanya, undi Majoriti rakyat Malaysia sebanyak 54% semuanya nak tengok Si Ketua Penipu tu dihumban masuk ke dalam penjara.

Soalnya sekarang, Si Ketua Penipu tu masih nak ikut undi Majoriti jugak ke? Atau dia akan kata ini semua kerja pengundi Bangla yang telah diimport seramai 40ribu jugak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Hakim rakyat dah berkata....bang non al-juburi tunggu apa lagi???? Pi lah masuk Bamboo River resort secepat mungkin!!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping