Dikala ini, ada pemimpin - pemimpin PAS (termasuk seorang Barua dari UMNO) secara terbuka menyokong gerakan feminisme yang menggelarkan diri mereka Sister In Islam (SIS).
Namun ianya bukan pendirian asas kepada parti tersebut. Bahkan, dalam usrah yang dikendalikan oleh Presiden PAS sebelum ini juga turut menyentuh soal perjuangan gerakan SIS.
Kata Hadi Awang, gerakan sedemikian memang wujud dimana - mana Negara Islam. Jika hendak membandingkan Malaysia dengan Indonesia, keadaan disana lebih teruk dan diluar kawalan.
Kiranya, bagi Hadi Awang, penguatkuasaan Islam di Malaysia ni masih boleh dikira sebagai 'Yang Paling Baik' jika hendak dibezakan dengan Negara - Negara lain. (Nak jugak dia puji?).
Jelas Hadi Awang, SIS ini wujud sejak tahun 90an lagi dimana kemunculan mereka seiring dengan kontroversi semasa yang sengaja diperbesarkan. Sekarang ianya kembali dengan isu terbaru.
Bagi Presiden PAS itu, kewujudan SIS adalah diatas ketidak-fahaman mereka terhadap Islam secara keseluruhan. Tetapi hanya sekadar mengambil Islam yang difikirkan logik akal semata - mata.
"Antara yang mereka pertikaikan adalah hak pembahagian harta pusaka, aurat wanita dan juga hukum hudud. Mereka sebenarnya tidak memahami bahawa syariat Islam ini bertali antara satu sama lain. Hak tersebut perlu dibaca menyeluruh barulah adil," Kata Hadi Awang tegas.
Berbicara mengenai dua tiga orang pemimpin PAS yang dilihat 'Terlalu Berahi' dengan gerakan SIS, Si Hadi Awang ni mengibaratkan mereka seperti 'Kaki Laga Ayam' yang masuk PAS.
"Dulu orang masuk PAS termasuk kaki laga ayam. Mereka masuk PAS sebab marah pada polis yang rampas ayam-ayam laga mereka (yang digunakan untuk bertaruh)," katanya.
Tambah Hadi Awang, dikalangan pemimpin - pemimpin PAS itu juga turut menjelaskan, SIS kini sudah berubah. Namun pada pengamatan dia, mereka tidak pernah berubah sekali pun.
Dalam erti kata lainnya, pemimpin - pemimpin PAS yang taksub menyokong gerakan SIS tu hanya sekadar ingin meraih 'Populariti Murahan' sedangkan mereka sendiri tak faham tentang Islam.
Hakikatnya, pemimpin - pemimpin PAS seperti tu hanya memperjuangkan Politik Peribadi demi kepentingan diri mereka sendiri semata - mata. Bukannya mereka buat untuk kepentingan Islam. Jauh sekali kalau diorang nak berjuang untuk menjaga kebajikan rakyat!!!
Hadi Awang termasuk Nik Aziz memang dari dulu lagi kalau bab bercakap sangat hebat, mengkafirkan orang, akhirnya kata-katannya berbalik kepada batang hidung. Pada hari pembalasan nanti kau jawablah Hadi Awang dan Nik Aziz.
BalasPadam