Ada sesetengah pihak dan dikalangan sahabat SH yang bertanya, kenapa blog ni dah nampak macam blog pembangkang? Pertama, jangan setakat nampak apa yang SH tulis.
Tapi tengok kepada apa yang telah dilakukan oleh sesetengah pemimpin UMNO sendiri sejak kebelakangan ini. Kebanyakkannya hanya mengundang kritikan negatif.
Bahkan SH hanya menyahut seruan dikalangan pemimpin UMNO sendiri yang tidak mahu ahli - ahlinya bersifat Apologetik terhadap teguran yang dibuat kepada pemimpin.
"Pemimpin perlu ditegur. Jika tidak mereka akan rasa diri mereka sering lakukan perkara yang betul sahaja". Itu kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir.
"Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka."
Maka, adakah salah sekiranya blog ini menegur pemimpin - pemimpin UMNO khususnya yang memegang jawatan tinggi sama ada dalam parti atau pun Kerajaan secara terbuka?
SH tidak mempunyai ruang dan peluang seperti mana orang lain. Tidak ada tempat mahu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang dilakukan pemimpin sejak kebelakangan ini.
Dari isu berkaitan dengan Akta Hasutan, isu mengenai tuntutan Haluan Kanan, Urustadbir Negara yang dilihat tidak menguntungkan rakyat, semuanya dibahaskan oleh mereka diperingkat bawahan.
Malah isu berkaitan dengan pemantapan terhadap jentera Cyber juga yang semakin hari dilihat semakin lemah juga tidak dipandang oleh pemimpin - pemimpin UMNO sendiri.
Nak suruh tubuhkan jawatankuasa diperingkat Bahagian untuk memantapkan jentera Cyber sendiri pun, sampai hari ini masih dipandang sepi. Itulah nasib yang SH terima.
Sebaliknya pemimpin - pemimpin UMNO ni hanya sekadar RETORIK bercerita pasal nak memperkukuh itu ini. Malangnya, perlaksanaan sampai hari ini tidak diambil.
Sedangkan orang lain dah jauh ke hadapan. Tetapi UMNO masih JUMUD dibelakang. Semua teguran yang diberikan hanya 'Masuk Angin Keluar Asap'. Satu pun tidak dipandang oleh pemimpin UMNO.
Sama juga dengan apa yang bakal berlaku dalam tempoh seminggu ni nanti. Perwakilan akan berapi - api bercakap diatas pentas. Bercerita tentang survival Melayu dan sebagainya.
Tapi, bila tiba hari Isnin minggu depan, semua yang ditegur akan hilang lenyap begitu sahaja dibawa angin yang lalu. Jadi, tak salah kiranya artikel didalam blog ini dibuat kerana JIKA keadaan itu terus berlaku, UMNO akan terus kekal RETORIK sampai bila - bila!!!
SESETENGAH PEMIMPIN UMNO HARI INI BANYAK LEMAK
BalasPadamPerhimpunan Agung biasanya hanya medan berretorik. cakap berapi-api tapi abuk pun tak ada. hanya hangat-hangat tahi ayam.
BalasPadamboleh mengkritik? sesiapa yang mengkritik akan di gam, tukar jabatan dan bersara awal di zaman M.
BalasPadamAda bukti ???
PadamSH, saya setuju dengan apa yang anda buat. Walaupun ada sokong UMNO, anda mesti berani kritik.pemimpin UMNO yang sememangnya banyak masalah tu. Pemimpin bukan Nabi yg x buat salah dan tak boleh dikritik. Apa yg anda buat adalah betul dari segi apa pun. Tahniah saya ucapkan.
BalasPadam