Jumaat, November 28, 2014

Biarpun sebelum ini ada dikalangan pemimpin UMNO yang 'Kepanasan' apabila di'tegur' oleh Tun Mahathir, namun ianya tidak menghalang Tun untuk turut hadir di Perhimpunan Agung UMNO.

Jelas, tindakan itu membuktikan 'Solidariti' Tun Mahathir terhadap perjuangan UMNO dan mengharapkan UMNO dapat berubah demi menjaga kepentingan orang Melayu secara keseluruhannya.

Walaupun ada pemimpin kanan UMNO yang 'Emosional' membuat ulasan terhadap kenyataan Tun mengenai keterbukaan untuk menerima teguran, ianya menjejaskan sokonga Tun kepada UMNO.

Sebaliknya, pemimpin kanan UMNO itu patut malu dengan dirinya sendiri kerana ianya memperlihatkan ketidak-sungguhan dia untuk menerima sebarang teguran dari orang lain.

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh seorang lagi pemimpin kanan UMNO sebelum ini, UMNO peru lebih terbuka untuk menerima pandangan orang lain demi menjaga kepentingan perjuangan Melayu.

Namun malangnya, masih ada dikalangan pemimpin - pemimpin UMNO yang tidak menerima teguran itu sebagai satu tindakan yang Proaktif dari kalangan ahli - ahli.

Bukan sahaja dari peringkat bawahan. Bahkan teguran dari kalangan mereka yang sudah lama dalam UMNO pun tidak diendahkan oleh pemimpin - pemimpin UMNO yang ada hari ini.

Jadi, bagaimana mungkin UMNO mahu bergerak ke hadapan jika teguran sedemikian hanya sekadar disambut dengan 'tawar' oleh pemimpin - pemimpin UMNO sendiri?

Dan sudah tentu ucapan - ucapan dan isi perbahasan dari kalangan perwakilan UMNO yang mewakili ahli diperingkat akar umbi kali ini akan tetap menjadi seperti tahun - tahun sebelumnya. 

Bak kata pepatah, 'Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri'. Dan jika keadaan itu terus berlaku, maka UMNO akan terus jumud begitu saja tanpa sebarang perubahan yang diperlukan secara Proaktif. Dalam erti kata lain, memang tak ke mana la UMNO ni jawabnya!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Tun sayang umno. Melayu lari dari umno kerana tak suka Najib tapi bukan tak suka umno. Tun tahu ini, dia takut PRU14 BN habis.

    BalasPadam
  2. Kalau.nak.melenting dengan Tun tolong tarbiahkan diri dulu sebelum mengeluarkan kalam.Jangan nanti malu tidak karuan. Berbicara guna akal fikiran bukan ikut kata hati dan emosi. Terimakasih Tun Dr. Mahathir kerana datang ke PAU14. Kita masih sayangkan negara kita tanah tumpah darah kita.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping