Puas jugak dibaca artikel mengenai laporan Polis yang dibuat oleh Si Gundik Kit Siang tu hari ni. Cuba jugak nak faham, apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh Si Gundik Kit Siang tu.
Apa sebab yang mendorong dia buat laporan Polis tu? Kenapa dia terlalu "Berahi" sangat dengan ucapan yang disampaikan oleh Dr. Mashitah mengenai insiden Bakar Al-Qur'an di Kedah?
Jika diperhatikan semula, Dr. Mashitah sewaktu menyampaikan ucapannya menyeru agar golongan Wanita serta seluruh ahli UMNO tidak hanya mendiamkan diri apabila kesucian Islam dihina sedemikian rupa.
Insiden membakar Al-Qur'an atau mana - mana kitab sekali pun tanpa sebab musabab yang sahih memang perlu ditentang kerana ianya boleh dianggap menghina. Takkan itu pun salah?
Kalau kita baca balik kenyataan media yang dibuat selepas laporan Polis tu, mereka tak nyatakan bahagian mana yang membuatkan mereka tergerak hati untuk melaporkannya.
Sebaliknya, mereka hanya sekadar membuat anggapan terhadap ucapan yang dibuat oleh Dr. Mashitah tanpa merujuk kepada keseluruhan konteks ucapan tersebut. Diorang sekadar ambik separuh - separuh.
Kata Si Ahli Parlimen Kulai, ucapan yang disampaikan oleh Dr. Mashitah tu dianggap satu tindakan yang disifatkan sebagai "meniup api perkauman" dikalangan masyarakat Malaysia.
“Saya tidak pasti sekiranya beliau berkata demikian semasa merujuk kepada kejadian seorang suspek dilaporkan ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar, atau tidak.
“Jika beliau merujuk kepada kejadian itu, siasatan polis telah mendedahkan bahawa suspek itu kurang siuman. Malah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pun sudah membuat kenyataan tentang kejadian itu," katanya semasa satu sidang media di luar Balai Polis Tun H.S. Lee di ibu negara, sejurus laporan polis dibuat.
Dari kenyataan itu sahaja sudah dapat dibuktikan bahawa Si Ahli Parlimen Kulai tu hanya sekadar membuat kesimpulannya sendiri. Dia tidak merujuk kepada keseluruhan konteks ucapan yang disampaikan.
Soalnya, adakah salah bagi Dr. Mashitah untuk memperingatkan orang Melayu terhadap kebiaDAPan puak - puak DAPigs ni dalam menyemai kebencian dikalangan rakyat Malaysia?
Adakah salah sekiranya Dr. Mashitah ingin mengingatkan ahli perwakilan Wanita agar sama - sama menjaga kesucian agama Islam yang dimaktubkan dalam Perlembagaan?
Apa yang jelas, tindakan Si Gundik Kit Siang dan puak - puak DAPigs tu memang nampak sangat mereka membenci mana - mana pihak yang nak mempertahankan kesucian agama Islam. Kot ye pun Si Gundik Kit Siang tu dah sesat sekali pun, jangan la nak heret orang lain sekali!!!
Yang Melayu Islam dalam saf DAP patut tarbiahkan bukan Melayu Islam dalam DAP supaya mereka faham tentang Islam... kerana politik tak kan nak diam aje.DI mana tanggung jawab sebagai Islam?
BalasPadamcantik punya ayat GUNDIK Kim Siang--Siapa Setuju.
BalasPadam