Ahad, November 16, 2014

PKR ingat, dengan cara diorang pecat Si Khalid Ibrahim tu dari parti dan sekat bantuan ke kawasan Parlimen serta DUN dia, boleh mematahkan semangat dia gamaknya.

Ternyata diorang telah tersilap. Khalid ni bukan Khalid sebarangan. Walaupun dia adakalanya GAGAP, tapi dia tetap mampu membuatkan PKR tu terkencing dalam seluar!!!

Arfa’eza Abdul Aziz memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan meletak jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan berazam untuk meneruskan karier politiknya di Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor itu akan memulakan langkahnya dengan NGO Sajian Rakyat, lapor Arfa’eza yang juga Setiausaha Akhbar Khalid.
Selepas dua bulan menghilang, Khalid dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski bagi melaksanakan program “Sajian Rakyat” yang dirancangnya.

Perkara itu disahkan oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut.
Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya,” kata Roslan Baharom.
Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid.
Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu.
“Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti,” kata pesara kakitangan awam itu.
Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Terbaeekk lah Tan Sri..pantang anak Melayu Undur..lawan tetap lawan demi Maruahmu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping