Huh! Siapa kata Malaysia ni tak de Hak Kebebasan Media seperti mana yang didakwa oleh puak - puak Pakatam Haramjadah tu? Nampak sangat la diorang ni sengaja nak membutakan mata.
Jika selama hari ini mereka buat dakwaan dan tuduhan kononnya Malaysia mengamalkan dasar Hak Kebebasan Media yang berat sebelah dan tidak dilaksanakan dengan adil serta seimbang.
Kesemua tuduhan yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu bukan hanya sekadar nak menghasut atau memberikan persepsi negatif untuk dihidangkan kepada rakyat.
Malah ianya bukan hanya sekadar 'lauk' yang enak untuk diorang hidangkan sewaktu menganjurkan sesi ceramah longkang di seluruh Negara. Tapi ianya turut dijaja ke Negara - Negara luar.
Kata mereka, media di Malaysia ni hanya melaporkan isu - isu yang positif mengenai pemimpin UMNO dan memburuk - burukkan pemimpin dikalangan Pakatan Haramjadah tu.
Namun, semua dakwaan serta tuduhan itu jelas tidak berasas apabila penulis rencana dan ruangan pojok didalam sebuah akhbar secara terbuka menghentam serta menyerang pemimpin UMNO.
Biarpun isu utama yang dibangkitkan tidak ada kaitan lansung dengan peribadi, namun akhbar tersohor di Malaysia itu jelas memburukkan pemimpin UMNO secara terang - terangan.
Walaupun kebanyakkan dakwaan yang dibuat terhadap pemimpin UMNO itu tidak benar, namun ianya sengaja dimanipulasikan agar memperlihatkan kononnya pemimpin UMNO itu yang tidak bersalah.
Dan serangan terhadap pemimpin UMNO itu tidak terhenti begitu sahaja. Malah ianya berpanjangan selama empat hari berturut - turut sehingga menjadi satu kontroversi yang tidak diundang.
Bahkan tidak cukup hanya setakat itu sahaja. Seorang bekas wartawan akhbar serta Mantan Menteri dua tahun yang kini dah bersara juga turut serta menghentam pemimpin UMNO yang dimaksudkan.
Serangan yang dilakukan sampai ke tahap Bekas Menteri tu boleh berlagak dirinya seperti tuhan untuk menentukan ajal maut seorang pemimpin. Walaupun pemimpin itu pemimpin UMNO sendiri.
Persoalannya, sebab apa ianya berlaku? Mungkin sebab kedua - dua belah pihak didakwa tidak boleh menerima teguran. Yang satu pihak katanya tidak tahan dengan pendedahan yang dibuat oleh pihak media.
Manakala satu pihak lagi dituduh terlalu sensitif terhadap teguran yang diberikan berkaitan dengan tajuk yang terpampang dalam akhbar mereka. Malah, KEBENARAN pun sanggup mereka nafikan.
Nah! Tidakkah itu Kebebasan Media namanya? Bukankah membuktikan bahawa tuduhan puak - puak Pakatan Haramjadah tu selama ini ternyata jauh meleset dan tidak ada asas yang kukuh?
Teringat pulak macam mana Pak Lah digugurkan dari jawatan Perdana Menteri sebelum ini. Pak Lah jatuh bukan hanya atas sebab faktor kelemahan dirinya dalam menjalankan urus-tadbir Negara. Tapi turut diburukkan oleh sesetengah pihak dalam media itu sendiri!!!
PS: Sometime, Reality CAN Bites. Feed on that!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.