Nampak gayanya, semakin hari semakin menjadi - jadi pulak. Populariti Si Azmin tu katanya sedang melonjak naik pada ketika ini sehingga mengatasi Si Ketua Penipu tu sendiri.
Rata - rata, tumpuan dan laporan banyak diberikan kepada Si Menteri Besar Selangor yang baru tu. Dia dilihat calon yang paling layak untuk menggantikan Si Ketua Penipu tu kelak.
Keadaan ini sudah tentu akan merunsingkan Si Ketua Penipu tu kerana bimbang legasinya akan lenyap sekiranya perkara tersebut berlaku. Malah, ramalan Si Rafizi pun bakal menjadi kenyataan. (Klik Sini)
Terbaru, laporan yang disiarkan dalam akhbar The Economist menggambarkan Si Azmin akan mengambil alih PKR bersama - sama 'Kartelnya'. Itu juga yang digambarkan oleh Si Chegubard sebelum ini.
Jelas Pengarang akhbar tersebut, peluang kepada pemimpin - pemimpin muda dalam PKR akan terbuka luas seandainya Si Ketua Penipu tu bakal meringkuk dalam penjara.
Diantara yang disebut - sebut mempunyai potensi besar untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu kelak ialah Azmin, Rafizi dan Nurul Izzah.
"Dia bermula sebagai setiausaha peribadi Anwar selama berada dalam kerajaan dan terbukti seorang timbalan yang setia. Tetapi pemimpin berusia 50 tahun ini sudah bersedia untuk keluar dari bayang-bayang mentornya."
Selain itu, akhbar tersebut juga turut menyatakan bahawa Si Azmin dilihat sebagai 'Juara' dalam agenda 'Langkah Kajang' yang direncanakan oleh Si Rafizi tu sebelum ini.
Walaupun pada asalnya, rancangan itu adalah untuk mencalonkan Wan Azizah selain menggerakkan agenda 'Subversif' PKR, namun penyudahnya Azmin jugak yang dapat jawatan Menteri Besar Selangor.
Kejayaannya dalam merebut jawatan tersebut disifatkan sebagai satu "Kemenangan Besar" yang mampu membenamkan reputasi Nurul Izzah yang dilihat kurang berpengalaman.
Dalam ertikata lainnya, nafsu Politik Si Azmin tu sebenarnya jauh lebih besar dari apa yang disangkakan dan Si Ketua Penipu tu sendiri tidak dapat nak menghalangnya. Buat la penafian macam mana sekali pun, tapi Si Azmin tu tak mampu nak menutup kemaluannya sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.