Selasa, November 25, 2014

"Dah tau sejak 10 hingga 5 tahun lepas? Kenapa dia tak ambik tindakan? Kenapa dia hanya membiarkan sahaja perkara itu berlaku?" Nah! Ini satu lagi reaksi dari rakyat.

Mereka sendiri berasa terkejut dengan apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Cameron Highland merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan medianya semalam. (Klik Sini)

Kata Ahli Parlimen tersebut, dia mengetahui mengenai isu penerokaan tanah haram melalui aduan dan laporan yang dibuat oleh Persatuan penduduk - penduduk dikawasan tersebut.
"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.
"Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.
"Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.
Dalam kenyataan yang disiarkan, dia juga turut mengakui mempunyai beberapa keping gambar berkaitan isu penerokaan tanah tersebut tetapi tidak dapat 'bercakap banyak'.

Malah, Ahli Parlimen Cameron Highland itu juga turut mengakui bahawa dia juga turut mengenali 'dalang' yang terlibat dalam aktiviti pencerobohan tersebut.

Persoalannya, kenapa perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak SPRM? Apa yang menghalang dia untuk ambik tindakan tersebut? Itu persoalan yang diajukan oleh rakyat diperingkat bawahan. 

Jika sebelum ini, pihak SPRM memaklumkan bahawa mereka pernah membuat pendakwaan dimahkamah. Namun akibat kekurangan bukti, maka kes tersebut terpaksa digugurkan.

Sekarang, pihak yang berkenaan boleh mendapatkan maklumat dari Ahli Parlimen Cameron Highland ni memandangkan dia mempunyai bukti serta kenal dengan siapa dalang disebalik penerokaan tersebut. Jangan pihak SPRM nak mendiamkan diri pulak!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Usah risau dilabel rasis. Ini dah bukan menjadi isu bangsa. Tapi dah melangkau kepada isu nasional kerana Cameron Highlands adalah destinasi pelancongan popular di negara ini. Selain sumber utama sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita dah ambik tindakan kepada PATI. Dah tiba masanya kita ambik tindakan ke atas TAUKE kepada PATI pulak. Salah tetap salah. Jangan dilindungi walau siapa pun dia. Walau setinggi mana pangkatnya. Kita nak tengok kerajaan Tok Nan benar-benar serius menangani isu ini. Jangan dibiarkan nama baik BN tercemar dek kerana beberapa kerat manusia yang mengaut keuntungan peribadi. Dedahkan nama mereka yang terlibat. Jangan kerana rasuah, Cameron Highland bakal ditimpa bencana yang tidak berkesudahan.

    - Koi -

    BalasPadam
  2. Tahniah Utusan.... pendedahan anda telah melondehkan banyak pihak.. Utusan... anda banyak berjasa pada cameron.. cameron pasti lunyai tanpa pendedahan anda..... anda umpama lilin yg membakar diri utk menegakkan kebenaran... biar lah anda disaman banyak mana pun kenyataan nya pendedahan anda telah membuka banyak mata.. syabas utusan..

    Sekarang kita lihat siapa yg akan londehkan siapa... ada satu orang paling berkuasa diPahang.. kuasanya melebihi kuasa ahli parlimen dan dah berbelas tahun dia berkuasa tapi hanya menutup mata sahaja apa yang berlaku di Cameron.. kehandalan nya berlindung di belakang sultan memang menjadi buah mulut rakyat jelata.... dan terkini Tasik Cini pula dirogol.... kita lihat samada ahli parlimen juga akan dipertanggungjawabkan atau orang asli akan disalahkan.... kesimpulan nya apabila Seorang Ketua Negeri tidak cekap mentadbir maka akan berlaku ketirisan yg maksimum... rasuah amat bermaharaja lela dia Pahang...

    p/s: teringat peribahasa bapa borek anak rintik

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping