Selasa, November 25, 2014

Nampak gayanya, tindakan Si Menteri Besar Selangor tu terus menjadi perhatian semua pihak termasuk dari kalangan puak - puak PKR sendiri. Tapi semuanya negatif belaka.

Menurut kalangan ADUN Selangor sendiri, tidak ada apa yang menarik dalam pembentangan Bajet yang dibuat melainkan pengumuman peruntukan yang lebih besar.

Biarpun sebelum ini Belanjawan 2015 Negeri Selangor tu digembar - gemburkan sebagai 'Bajet Terbaik' diabad ini, tetapi ianya GAGAL dibentangkan dengan sempurna.

Apa yang pasti, pembentangan Bajet itu hanya dibuat untuk kepentingan diri Si Azmin untuk memperlihatkan dirinya setaraf dengan Perdana Menteri Malaysia.

Ada pihak mendakwa, perangkaan Bajet Selangor 2015 itu mempunyai sentuhan beberapa 'Circle' dan tidak terkecuali dari kalangan kelompok Si Ketua Penipu tu sendiri.

Namun malangnya, laporan yang didedahkan melalui blog Gelagat Anwar menjelaskan bahawa hanya 15% sahaja cadangan dari 'Circle' Si Ketua Penipu tu diterima. Selebihnya ditolak.

Alasan yang diberikan, cadangan serta idea yang diberikan 'Masih Lemah' dan tidak sesuai dengan imej kendiri Si Azmin yang berangan - angan nak jadi 'Jokowi Selangor'.

Sebaliknya, input yang dibentangkan didalam Bajet Selangor 2015 itu kebanyakkannya dibuat oleh Pencacai - Pencacai baru Si Azmin yang melihat dia sebagai 'The Next Anwar Ibrahim'.

Walaubagaimana pun, langkah yang diambil oleh Si Azmin tu jelas menunjukkan yang dia masih tidak mempunyai idea baru untuk membangunkan negeri Selangor dengan lebih baik.

Tetapi, dia hanya mengambil semula idea - idea yang telah dilaksanakan oleh Si Khalid Ibrahim tu untuk diberi penjenamaan semula bagi kepentingan dirinya sendiri.

Salah satu contohnya ialah penjenamaan semula Selangor State Investment Centre (SSIC) kepada Invest Selangor Berhad (ISB). Ianya dilihat hanya memberi kelebihan kepada kroni untuk dapat projek.

Selain itu, dana sebanyak RM 16.6 juta diperuntukan untuk mempromosikan Selangor kepada pihak Antarabangsa hanya satu alasan untuk mereka pergi keluar dan memburukkan Negara sendiri.

Tidak ketinggalan, Si Azmin tu mencedok semula idea Khalid Ibrahim dalam memberikan insentif kepada pelajar - pelajar yang layak ke IPTA bagi mendapatkan ijazah atau diploma.

Tak kurang juga idea yang diambil dari Projek PR1MA yang mensasarkan sebanyak 15,000 buah rumah menjelang 2017 yang dilihat jelas mencedok idea dari Manifesto BN Pahang.

Kesimpulannya, TIDAK ADA sebarang 'Wow Factor' yang dibentangkan oleh Si Azmin Ali tu dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 bagi keperluan rakyat. Semuanya hanya untuk memahsyurkan dirinya sendiri supaya dapat dilihat sebagai 'Jokowi Selangor'!!!

PS: Pahang dah jalankan sebanyak 17 ribu buah rumah sedang dalam pembinaan pelbagai peringkat bagi projek PR1MA Pahang sejak PRU yang lepas. Selangor baru nak buat ke???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping