Jumaat, November 14, 2014

Nampak gayanya perbalahan diantara PAS dan PKR ni masih lagi berpanjangan dan semakin parah. Kes fitnah yang difailkan oleh ahli PKR terhadap Presiden PAS pun masih belum selesai.

Kali ini isu berkaitan dengan "Janji" yang pernah diluahkan oleh PKR pulak menjadi persoalan apabila PAS mendakwa PKR seolah - olah cuba melupakan isu tersebut sebelum ini.

Biarpun isu berkaitan dengan 'Oktoberfest' tu sudah berlalu bulan lepas, namun persoalan mengenai "Janji" yang telah dibuat oleh PKR masih lagi bergema sehingga hari ini.

PAS sebelum ini mendakwa PKR sengaja mengenepikan Enakmen Jenayah Syariah Selangor Negeri Selangor 1995 bagi menangani isu - isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ianya termasuk kelulusan pemasangan papan iklan atau pun penganjuran aktiviti yang tidak berfaedah termasuk menganjurkan pesta minuman keras seperti "Oktoberfest".
"Dewan Ulama PAS Selangor mengemukakan cadangan awal menerusi satu kenyataan rasmi sebelum ini (jadikan Enakmen Jenayah Syariah 1995 sebagai asas utama kelulusan dan kebenaran dalam undang-undang PBT).
"Oleh itu, cadangan ini perlu diambil tindakan oleh semua pihak sama ada di peringkat PAS sendiri, parti lain dalam pakatan pembangkang dan seterusnya kerajaan negeri melibatkan perbincangan, penerangan dan sebagainya," kata Penolong Setiausaha 1, Dewan Ulama PAS Selangor.
Tapi, PAS Selangor sendiri pun kena ingat. Jangan setakat diorang tau nak salahkan PKR je dalam isu yang berkaitan dengan arak ni. Sebeliknya pemimpin diorang sendiri pun kena diberi teguran jugak.

PAS Selangor dah lupa ke, siapa yang pecat Datuk Dr. Hassan Ali dulu? PAS Selangor dah lupa ke tindakan yang dikenakan oleh PAS terhadap Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor tu dulu?

Sepatutnya, PAS Selangor jangan lupa pada usaha yang pernah digerakkan oleh Dr. Hassan Ali sewaktu dia bergelar Exco Negeri Selangor dulu. Dan PAS Selangor jangan lupa siapa duri dalam dagingnya.

Sewaktu Hassan Ali mencadangkan agar larangan menjual arak dikawasan majoriti Melayu di Selangor dikuatkuasakan, siapa yang paling lantang membantah jika bukan pemimpin PAS sendiri?

Siapa yang paling kuat membantah cadangan Hassan Ali untuk melarang pekerja muslim bekerja di premis menjual arak jika bukan Ahli Parlimen Shah Alam, Si Khalid Samad tu sendiri.

Jadi, sepatutnya PAS Selangor buat desakan supaya PAS Pusat ambik tindakan terhadap Si Khalid Samad tu yang jelas, terang dan nyata membelakangkan perjuangan parti. Si Khalid Samad tu perlu dikenakan tindakan disiplin kerana tidak memperjuangkan dasar parti!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Membanteras rasuah tanggungjawab bersama.Mohon bantu kami membanteras rasuah.Dalam masa terdekat kami akan bongkarkan rasuah dan penyelewengan beberapa agensi kerajaan dan glc.Mohon pautkan blog kami di blog tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. RBA dah mula kerja overtime....

      Padam
    2. Mintak tolong bongkarkan dan membanteraskan pengamal2 rasuah dikalangan peniaga2 cina yang kaya raya dan menipu Kerajaan.
      Barulah adil dan penuh " akhlak" namanya.......kan?

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping