Wah!!! Bukan main marah lagi Si Hadi Awang ni bila ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu didapati secara terbuka menyokong geng - geng Mak Nyah di Malaysia ni.
Kata Si Hadi Awang, penglibatan mana - mana ahli termasuk dari kalangan pemimpin parti yang menyokong Mak Nyah tu agar tidak melebihi dasar yang telah ditetapkan oleh parti.
Malah tegas Presiden PAS, pihaknya tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan terhadap mana - mana pihak yang terlibat dan merujukkan mereka ke jawatankuasa disiplin.
"PAS ada dasar. Saya beri peringatan kepada ahli-ahli PAS. Jangan terlajak lebih daripada dasar parti.
"Kalau terlajak, kita tidak teragak-agak untuk membawa kepada Jawatankuasa Disiplin. Itu saya tegaskan," Abdul Hadi dipetik sebagai berkata oleh Harakah.
"Bukan kerajaan sahaja. Kerajaan, kerajaanlah, kita sendiri pun termasuklah orang PAS sendiri (bertanggungjawab).
"Saya tahu kalangan orang PAS pun ada yang ikut juga. Itu tidak boleh. Saya terang-terang kena sebut juga, kita PAS ini ada Jawatankuasa Disiplin. Kalau ada orang PAS yang terikut-ikut, saya tidak teragak-agak untuk bawa Jawatankuasa Disiplin," katanya lagi.
Tapi, apa boleh buat. Amaran Hadi Awang tu sebenarnya dah TAK RELEVAN. Ibarat dia hanya sekadar menyalak pada bukit. Bukit tak runtuh, suara sendiri jugak yang hilang.
Si Hadi Awang tu kena ingat. Semua tindakan yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin PAS tu hanya untuk kepentingan Politik Peribadi. Bukannya diorang peduli sangat dengan dasar parti.
Apa yang penting bagi mereka, sokongan Politik dari semua pihak amat diperlukan supaya dapat memberi mereka kemenangan dalam Pilihan Raya. Termasuk la dari kalangan Mak Nyah sekali pun.
Begitu juga sokongan terhadap Si Ketua Penipu tu yang didakwa sebagai seorang Kaki Peliwat. Walaupun diakui bahawa dia meliwat Saiful 'Suka Sama Suka' kenapa PAS sokong jugak?
Jadi, bab Halal Haram semuanya diorang dah tolak ke tepi. Semuanya boleh diabaikan asalkan kepentingan peribadi mereka sendiri dipenuhi. Bukannya diorang berjuang berlandaskan kepada kepentingan dasar serta perjuangan parti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.