Ahad, November 09, 2014

Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan penggantungan setahun terhadap dua orang ADUNnya yang sebelum ini telah dilabelkan sebagai 'Barua' dalam muktamar PAS yang lalu.

Salah seorang dari mereka telah menerima surat pemakluman itu pada tengahari semalam manakala seorang lagi menerimanya lebih awal iaitu petang Jumaat 7 November.
"Saya terima surat dari Majlis Syura tengahari tadi yang memaklumkan hukuman ke atas saya oleh AJK PAS Pusat sebelum ini dikekalkan," kata Saari.
Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada 11 Oktober lalu, membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul Baharudin (Adun Morib) selama setahun, berkuatkuasa tarikh sama.

Tindakan itu diambil ekoran tindakan mereka berdua menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor dan membelakangi keputusan parti.

Bagaimanapun, mereka diberi peluang mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat Ahad lepas dan membuat keputusan terhadap Saari dan Hasnul. Antara kandungan surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin. 

Menurut salah seorang dari mereka, keputusan yang telah dibuat itu akan tetap diterima, tetapi dia akan meneruskan tugas sebagai ADUN Morib sebaik mungkin.
"Saya jalankan tugas saya sebaik mungkin. Ramai juga ahli dan pemimpin PAS yang kekal bersama saya. Jadi itu akan memudahkan tugas saya sebagai Adun," katanya.
Manakala ADUN Hulu Kelang pula ketika dihubungi berkata dia tidak berapa jelas apakah makna penggantungan keahlian sebagai ahli PAS ini untuk memastikan pergerakannya tidak bertentangan dengan penggantungan tersebut.

"Apa yang saya faham saya tidak boleh mengundi atau memegang apa-apa jawatan dalam parti. Saya tidak boleh mewakili parti dalam sebarang program dan saya tidak boleh menyertai sebarang program parti, termasuk dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," kata Saari.

PS: Heh! Kalau dah dasar BEBAL tu BEBAL la jugak. Makna kena gantung tu pun dia tak faham. Patut la dia suka - suka hati je boleh ikut puak - puak Parti Khianati Rakyat tu dan membelakangkan parti. Jenis yang tak reti bahasa rupanya!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Hasnul dan saari kekal penggantungan tu makna politiknya kamu berdua sudah tidak diperlukan lagi disini, atau dalam bahasa halusnya kamu berdua nampak tak pintu itu,pepatah arab ada menyebut " kaldai dan baghal tidak mencukupi dengan seratus rotan tetapi lelaki cerdik memadai dg satu kalimat".

    BalasPadam
  2. Hasnul dan saari kekal penggantungan tu makna politiknya kamu berdua sudah tidak diperlukan lagi disini, atau dalam bahasa halusnya kamu berdua nampak tak pintu itu,pepatah arab ada menyebut " kaldai dan baghal tidak mencukupi dengan seratus rotan tetapi lelaki cerdik memadai dg satu kalimat".

    BalasPadam
  3. Elok lah undur diri. Iti pon tak paham

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping