Jumaat, November 14, 2014

SEKALUNG TAHNIAH diucapkan buat Ahli Parlimen Batu kerana berjaya mengenepikan tuduhan menghasut rakyat dalam isu berkaitan pencerobohan di Lahad Datu di mahkamah hari ini.

Ianya satu kejayaan besar bagi Tian Chuak yang sebelum ini didakwa cuba menghasut rakyat supaya menganggap isu pencerobohan di Lahad Datu itu hanya satu 'Sandiwara' UMNO.

Mungkin UMNO terlalu cepat melatah dan terlampau emosional sehingga menganggapkan tajuk yang tersiar didalam portal Keadilan Daily itu satu tindakan yang agak 'Keterlaluan'.

Hakikatnya, UMNO perlu terima secara terbuka bahawa kenyataan yang dibuat oleh Si Tian Chuak dan disiarkan dalam laman portal itu merupakan satu 'Metafora' semata - mata.

Biarpun insiden di Lahad Datu itu turut mengorbankan nyawa anggota keselamatan Negara, namun ianya tetap dianggap sebagai 'Wayang Mainan' UMNO untuk menakut - nakutkan rakyat.

Jadi lepas ni, kalau puak - puak Pakatan Haramjadah tu guna bahasa - bahasa 'Bombastik' yang ibarat 'Plastik', orang UMNO jangan terlalu emosional. Semuanya itu hanya 'Metafora'. Jadi, tak payah la mengabihkan masa suruh orang buat laporan Polis dan sebagainya!!!
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atas kenyataannya mengaitkan Umno dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.  
Hakim Norsharidah Awang berkata kenyataan Chua yang disiarkan portal Keadilan Daily tahun lalu sudah ditokok tambah dan tidak menggambarkan maksudnya untuk berkata demikian.  
"Berdasarkan alasan yang dikemukakan, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes berkenaan.  
"Tiada keterangan lain dikemukakan pihak pendakwaan. Tulisan (wartawan yang mencatat) tidak dapat dibaca," katanya semasa membaca penghakimannya hari ini.  
Chua pada 2 September mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.  
Beliau dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan, denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.  
Ahli parlimen Batu itu pada Mac 2013 mendakwa tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.  

Katanya, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. Kenyataan Chua itu disiarkan Keadilan Daily berdasarkan satu perbualan telefon dengan wartawan portal berkenaan, Siti Nooraishah Geoffery. 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping