Malang sungguh nasib Si ADUN Sri Andalas ni. Dah banyak kali dah kemaluan dia didedahkan kepada umum. Tapi dia masih jugak tak berani nak ambi sebarang tindakan.
Jika sebelum ini, Si Chagubard tu buat pendedahan yang cukup besar dalam satu sidang media sambil mendakwa Si Xavier ni sebagai salah seorang 'Pengkhianat' dalam PKR.
Pendedahan tersebut dibuat berdasarkan kepada surat akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh Xavier serta 30 orang lagi ADUN Pakatan untuk menyokong Si Wan Azizah.
Tujuan SD itu diadakan adalah sebagai tanda sokongan majoriti dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan terhadap pencalonan Si Wan Azizah tu sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun, melalui pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu, Si Xavier serta 3 orang lagi ADUN dikalangan PKR didapati telah membatalkan SD tersebut dan menandatangani SD yang berlainan.
SD kedua yang didedahkan oleh Si Chagubard tu menjelaskan bahawa Si Xavier ni bersama dengan 3 orang lagi rakannya menyokong Si Azmin Ali tu sebagai MB untuk menggantikan Khalid Ibrahim.
Biarpun pendedahan tersebut telah dibuat sejak beberapa hari yang lalu, namun masih tidak ada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh Si Xavier terhadap Si Chagubard.
Maka kini, timbul persoalan negatif dikalangan rakyat terhadap Si Xavier tu. Adakah pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu betul? Betul ke Si Xavier tu boleh dianggap sebagai pengkhianat?
Dan jika ianya tidak benar, kenapa Si Xavier tu tidak tampil untuk mengambil sebarang tindakan tegas terhadap pendedahan tersebut? Kenapa dia tak saman Si Chagubard tu?
Atau, adakah Si Xavier tu memang 'Tak De Telor' nak saman Si Chagubard tu kerana takut ianya akan menjejaskan kedudukan serta membocorkan rahsia yang cuba disorokkan selama hari ini?
Kalau sebelum ni, Si Xavier tu pernah 'Gertak' nak saman Si Chagubard dan portal Merosakkini serta akhbar Tamil Malar yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap dirinya.
Jadi, kenapa kali ini Si Xavier tu TAKUT nak ambik tindakan yang sama? Takkan la dia hanya pandai MENGGERTAK orang tapi tetap BACUL nak ambik tindakan yang sebenar biarpun ianya melibatkan maruah dirinya sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.